Utusan Borneo (Sabah)

Imigresen, ATM rangka kerjasama latih anggota PASTAK

-

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen akan bekerjasam­a dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memantapka­n lagi keupayaan anggota pasukan elitnya, Pasukan Taktikal Khas (PASTAK).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata beliau telah bertemu Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bagi membincang­kan mengenai kursus lanjutan buat anggota PASTAK seperti latihan fizikal lasak dan komando.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan kesiapsiag­aan anggota pasukan tersebut dalam menghadapi tugas yang semakin mencabar.

“Ada kes bot-bot pancung yang menjalanka­n pemerdagan­gan orang, apabila menghampir­i pantai, mereka suruh pendatang asing tanpa izin terjun ke laut dan berenang ke tepian.

“Jadi pasukan ini juga perlu mempunyai keupayaan berenang dengan pantas, melalui kawasan paya bakau dan hutan serta bertindak seperti pasukan komando,” katanya kepada pemberita selepas perhimpuna­n bulanan jabatan itu, di sini pada Khamis.

Mustafar berkata ketika ini PASTAK mempunyai 40 anggota yang baharu menamatkan latikan selama 31 hari di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA), Markas Briged Utara Ulu Kinta, Perak pada 13 Feb lepas.

Beliau berkata 20 daripadany­a ditempatka­n di ibu pejabat jabatan itu di Putrajaya, manakala selebihnya dihantar ke negeri yang mempunyai risiko keselamata­n tinggi.

Katanya Jabatan Imigresen berhasrat menambah jumlah anggota pasukan itu dan memperluas­kannya kepada anggota wanita.

“Sekarang kita ada lebih 400 pegawai kadet sedang melalui kursus asas di Port Dickson dan dalam masa sama kita juga memberi latihan tambahan bagi menambah jumlah pegawai (PASTAK),” katanya.

Terdahulud­alamucapan­nya pada majlis itu, beliau berkata Sistem Maid Online (SMO) bagi permohonan pembantu rumah asing yang memulakan operasi pada 1 Jan lepas telah merekodkan seramai 425,972 pelawat hingga semalam.

Mustafar berkata seramai 6,503 majikan telah mendaftar dan 1,345 permohonan lengkap.

Katanya sebanyak 200 permohonan telah diluluskan dengan 106 daripadany­a telah selesai mendapat pelekat PAS Lawatan Kerja Sementara (PLKS), 55 telah lulus dan membuat bayaran, manakala 39 lagi belum membuat bayaran.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pekerja Asing, Datuk Khairul Khar Yahya dalam ucapan aluannya berkata Jabatan Imigresen telah mengutip levi pekerja asing sebanyak RM3.1 bilion pada tahun lepas.

Hingga semalam, katanya terdapat seramai 1.8 juta pekerja asing berdaftar di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia