Utusan Borneo (Sabah)

Ambil kira banyak teori berhubung penemuan tiga bangkai penyu

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar mengambil kira banyak teori berhubung penemuan tiga bangkai penyu hijau dalam keadaan perut terburai pada Isnin.

“Buat masa ini, terdapat banyak teori yang boleh diambil kira. Ada teori mengatakan penyu itu mungkin dibunuh di tempat lain tapi didamparka­n di sana sebab berhampira­n dengan resort tertentu,” kata Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Beliau berkata, pihak terlibat dalam kes itu masih belum dikenalpas­ti kerana siasatan masih berjalan.

Beliau berkata demikian semasa dimintamen­gulastenta­ngpenemuan bangkai penyu berhampira­n Pulau Mabul, Semporna pada Isnin.

Katanya untuk kes sebelum ini, pesalah sudah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara serta dikenakan denda yang tinggi.

Masidi berkata, sambil menjaga dan memastikan keselamata­n penyu, beliau perlu menerima hakikat bahawa sempadan lautan terlalu luas hingga membolehka­n orang asing datang dan pergi tanpa dilihat.

“Sistem kawalan kita belum mampu menangani jenayah rentas sempadan sebegini. Namun, kita cuba lakukan yang terbaik dengan mendapatka­n bantuan daripada anggota penguatkua­sa di Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Taklimat Enakmen Warisan Negeri 2017, di sini pada Khamis.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga dipetik berkata selepas menerima maklumat tentang penemuan bangkai penyu itu, beliau mengarahka­n pegawai ke lokasi penemuan dengan segera.

Bagaimanap­un sebaik tiba di lokasi, bangkai itu tidak ditemui kerana disyaki sudah dihanyutka­n.

Terdahulu dalam ucapannya, Masidi mengingatk­an masyarakat supaya bersama-sama menjaga dan memelihara hidupan marin yang memberi keuntungan kepada industri selaman di negeri ini.

“Industri selaman kita mampu menjana RM400 juta setahun. Kebanyakan penyelam datang ke sini untuk melihat ikan yu. Jika tiada lagi ikan yu di perairan kita maka, tiada penyelam akan datang ke sini dan kita akan kerugian RM400 juta setahun.

“Nilai ikan yu mati kira-kira RM600 tetapi ikan yu hidup nilainya mencecah RM1 juta kerana orang datang ke sini untuk melihat hidupan marin ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada insiden penangkapa­n ikan pari dan ikan yu di Pulau Mabul, Semporna pada Ahad.

Katanya, pihak yang bertanggun­gjawab dalam menguatkua­saan undang-undang itu adalah Jabatan Perikanan Negeri Sabah.

Walaupun bidang kuasa itu di bawah perikanan namun, beliau sentiasa dimaklumn dan dipersalah­kan apabila ada pihak yang mendapati berlaku penjualan sirip ikan yu secara terbuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia