Utusan Borneo (Sabah)

Persiapan rapi sebelum PRU-14

Masih ada ruang Biro IT tingkat usaha, laksana gerakan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Pengerusi Biro IT Umno Malaysia Datuk Seri Ahmad Maslan berkata masih ada ruang bagi Jawatankua­sa Biro IT untuk meningkatk­an usaha melaksanak­an kempen dan gerakan menyokong Barisan Nasional (BN) dalam kalangan rakyat.

Menurut beliau, ketika ini jawatankua­sa berkenaan berada di pusingan terakhir untuk meningkatk­an segala kegiatan kempen dan promosi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diumumkan.

“Usaha ini adalah dari segi penyebaran pelbagai perkara positif yang dilakukan oleh Adun, Ahli Parlimen serta pemimpin setempat di peringkat negeri dan bahagian. Jawatankua­sa kita perlu sebarkan perkara ini dengan seluas mungkin agar rakyat tahu.

“Ini kerana, BN mempunyai begitu banyak perkara baik untuk disebarkan. Kita tidak perlu sebar fitnah dan berita palsu sebab ini hanya untuk mereka yang bankrap idea,” katanya kepada media selepas Perjumpaan Biro IT 4 Peringkat Umno Bahagian Batu Sapi di Dewan PPRT Batu Sapi, di sini pada Rabu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong yang juga Ketua Bahagian Umno Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya.

Ahmad berkata perjumpaan itu adalah bagi memberi penerangan kepada Jawatankua­sa Biro IT di 191 bahagian yang mempunyai Umno di seluruh negara dan siri jelajahnya dijangka akan selesai pada pertengaha­n bulan depan.

“Saya pergi ke satupersat­u perjumpaan di seluruh bahagian. Tujuan tidak lain tidak bukan adalah meminta jawatankua­sa kita mempromosi segala kegiatan BN. Ia dipromosi melalui enam kaedah iaitu tulisan, gambar dan infografik, video pendek, keratan akhbar, poster serta karikatur yang menarik dan baik.

“Saya gembira kita telah siapkan jentera di semua bahagian sejak tahun sudah dan tahun ini untuk selesaikan saki baki bahagian yang saya belum bersemuka. Dalam masa sama, saya memberi penjelasan mengenai isu semasa yang banyak diperkatak­an dalam media sosial seperti GST, kos sara hidup, 1MDB serta politik.

“Empat perkara ini yang sering disebut oleh pembangkan­g dalam media sosial. Oleh itu, saya harap jawatankua­sa hendaklah mempromosi segala usaha baik oleh BN. Jangan tunggu bila pembubaran parlimen sebaliknya kita kena mula awal.

Ketika ditanya mengenai capaian internet yang terhad di kawasan pedalaman, Ahmad berkata selain media sosial terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh jawatankua­sa itu dalam menyebarlu­as segala aktiviti BN.

Ia termasuk menggunaka­n media alternatif seperti kain rentang, pintu gerbang dan poster; media bersemuka seperti mengadakan ceramah; media cetak seperti suratkhaba­r; serta media elektronik seperti televisyen dan radio.

“Ini kerana, BN mempunyai begitu banyak perkara baik untuk disebarkan. Kita tidak perlu sebar fitnah dan berita palsu sebab ini ” hanya untuk mereka yang bankrap idea.

DATUK SERI AHMAD MASLAN Pengerusi Biro IT Umno Malaysia

 ??  ?? JAWATANKUA­SA Biro IT Bahagian Batu Sapi yang menghadiri perjumpaan bersama Ahmad.
JAWATANKUA­SA Biro IT Bahagian Batu Sapi yang menghadiri perjumpaan bersama Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia