Utusan Borneo (Sabah)

200 sertai saringan Dance World Cup

-

KOTA KINABALU: Kira-kira 200 orang dari seluruh Sabah termasuk Pensiangan, Kiulu, Kudat, Kota Belud dan Labuan akan menyertai saringan pertanding­an Dance World Cup yang akan diadakan di Dewan Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah dari 24 hingga 25 Februari ini.

Acara saringan itu yang buat pertama kalinya diadakan di Sabah dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia Dato’ Sri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 24 Februari, jam 8.30 pagi.

Acara ini dianjurkan oleh Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (Tobisa) dengan kerjasama JKKN Sabah dan Persatuan Kebudayaan Kadazandus­un Sabah (KDCA).

Pengerusi Tobisa Muji Ampau berkata, sebanyak 29 acara akan dipertandi­ngkan iaitu nasional, moden dan kontempora­ri, slow dance, jazz dan hip hop.

Pemenang akan dipilih untuk mewakili Malaysia pada Dance World Cup di Sepanyol pada hujung bulan Jun.

Penglibata­n Malaysia dalam pertanding­an Dance World Cup bermula pada 2011 di Perancis dan berlanjuta­n sehingga 2017.

Sejarah penyertaan Malaysia dalam Dance World Cup menyaksika­n pasukan yang mewakili Malaysia telah mencapai kejayaan secara konsisten di bawah pemantauan jurulatih Mohd Hairul Nazmie Talib, yang memulakan idea penyertaan Malaysia dalam Dance World Cup 2011.

Sepanjang penyertaan di dalam Dance World Cup, pasukan Malaysia seringkali memenangi pingat emas di samping berjaya meraih anugerah utama.

Antara anugerah yang pernah diraih pasukan Malaysia adalah Most Innovative Choreograp­hy Award (DWC 2011-Perancis, DWC 2012- Austria); Judge’s Award: Most Oustanding Performer (DWC 2014-Portugal); Most Oustanding Group (DWC 2015Romani­a); Best Ballet, Greek Or Solo Overall (DWC 2016 Channel Islands); dan Chairman’s Choice Award (DWC 2017-Germany).

Bermula 2018 ini, Dance World Cup melalui wakil mereka di Malaysia (Mohd Hairul) mengadakan saringan Dance World Cup bagi memilih bakat yang berpotensi untuk mewakili Malaysia ke pertanding­an akhir Dance World Cup di Sepanyol pada hujung Jun nanti.

“Adalah diharapkan dengan penganjura­n saringan DWC di peringkat Malaysia ini akan menggalakk­an lagi perkembang­an dan kemajuan pasukan Malaysia di dalam edisi Dance World Cup yang akan datang,” kata Muji.

Orang ramai dijemput untuk datang menyaksika­n acara saringan ini yang julung kali diadakan di Kota Kinabalu.

 ??  ?? MUJI (duduk, tengah) bersama jawatankua­sa penganjur saringan Dance World Cup .
MUJI (duduk, tengah) bersama jawatankua­sa penganjur saringan Dance World Cup .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia