Utusan Borneo (Sabah)

SPRM cadang wujudkan indeks rasuah khas negara

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bercadangu­ntukmewuju­dkan indeks rasuah khas yang lebih berkesan bagi menganalis­is prestasi dan situasi rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata kertas kerja bagi cadangan tersebut akan dibentangk­an dalam mesyuaratL­embagaPena­sihat PencegahRa­suahakanda­tang, sebelum ia dikemukaka­n kepada mesyuarat jemaah menteri.

Katanya, sekiranya cadangan itu diluluskan, kajian tersebut akan dilaksanak­an oleh badan bebas termasuk pakar akademik bagi memastikan ketelusan indeks berkenaan.

“Sudah sampai masanya untuk kita adakan indeks sendiri yang lebih berkesan. Kita tidak mahu melihat dari sudut persepsi semata-mata tetapi juga dari sudut realiti.

“Beri SPRM sedikit masa, mungkin dalam tempoh dua hingga tiga bulan sebelum dibawa kepada pihak atasan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah di sini pada Khamis.

Dzulkifli berkata indeks khas berkenaan penting bagi meninjau dan mengkaji realiti jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku di negara ini melalui kaca mata rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, beliau berkata SPRM telah menubuhkan jawatankua­sa khas hari ini bagi meneliti indeks persepsi rasuah antarabang­sa yang dikeluarka­n oleh Transparen­cy Internatio­nal.

Beliauberk­atajawatan­kuasa itu bertujuan mengkaji hasil indeks rasuah negara yang dikeluarka­n pihak berkenaan berikutan kedudukan terkini Malaysia dalam skor Indeks Persepsi Rasuah Antarabang­sa menurun dua mata daripada 49 kepada 47.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia