Utusan Borneo (Sabah)

Sabah mula langkah kanan

Gol Stanley beri kemenangan atasi Kedah 1-0

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad bawah 21 tahun Sabah bermula dengan langkah kanan apabila menewaskan Kedah 1-0 pada perlawanan pertama saingan Kumpulan A liga Piala Presiden di Stadium Tuanku Abdul Halim padsa Khamis.

Gol tunggal kemenangan skuad kendalian Johnny Dominicus itu dijaringka­n pemain dari skuad senior, Stanley Sulong pada masa kecederaan separuh masa pertama.

“Kami boleh menang dengan jaringan yang lebih baik tetapi beberapa peluang gagal diterjemah­kan kepada jaringan termasuk satu sepakan penalti.

“Apapun, kemenangan tipis 1-0 ini tetap kemenangan. Paling penting kita dapat kotakan sasaran mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pertama ini,” kata pengurus pasukan, Mohd Yassin Aman ketika dihubungi selepas perlawanan.

Sebelum jaringan kemenangan itu, Sabah berpeluang memecahkan kebuntuan apabila dihadiahka­n sepakan penalti pada minit ke-39.

Penyerang utama yang juga dari skuad senior, Amran Peter yang ditugaskan mengambil sepakan itu bagaimanap­un gagal menyempurn­akannya.

“Sepakannya dibaca tepat untuk dinafikan penjaga gol tuan rumah tetapi kekecewaan itu ditebus pemain tengah, Stanley beberapa saat sebelum wisel penamat separuh masa pertama ditiup,” kata Yassin.

Menurutnya, kecekapan penjaga gol, Mohd Sakri Masri menyelamat­kan beberapa percubaan berbahaya termasuk dalam keadaan satu lawan satu terutama pada separuh masa kedua memastikan Sabah keluar sebagai pemenang perlawanan itu.

“Kemenangan ini tentunya satu permulaan yang baik dan memberi suntikan moral serta tonik tambahan kepada pasukan untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

“Ia bukan kemenangan mudah kerana kita bermain di gelanggang lawan dan Kedah adalah pasukan yang layak ke separuh akhir musim lalu berbanding Sabah di kedua tercorot. Syabas kepada semua anggota pasukan. Saya berharap rentak kemenangan ini akan berterusan,” kata Yassin.

Sabah akan kekal di Semenanjun­g dan akan meneruskan cabaran menentang Pahang di Termerloh pada 26 Februari.

 ??  ?? KESEBELASA­N utama Sabah menentang Kedah pada saingan Kumpulan A liga Piala Presiden di Stadium Tuanku Abdul Halim pada Khamis. Sabah menang perlawanan itu 1-0.
KESEBELASA­N utama Sabah menentang Kedah pada saingan Kumpulan A liga Piala Presiden di Stadium Tuanku Abdul Halim pada Khamis. Sabah menang perlawanan itu 1-0.
 ??  ?? STANLEY
STANLEY
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia