Utusan Borneo (Sabah)

Sabah B19 sasar tiga mata penuh

Hadapi Felda United di Stadium Mini UPM pada Sabtu

-

KOTA KINABALU: Skuad Piala Belia Sabah (B19) mensasarka­n untuk mendapatka­n tiga mata sulung menentang pasukan Felda United di Stadium Mini UPM, Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Pengurus pasukan Azman Mastar berkata, mencipta kemenangan dengan sasaran tiga mata itu penting untuk meletakkan pasukannya di landasan yang tepat untuk mengharung­i saingan seterusnya sepanjang musim ini.

Katanya, kejayaan itu juga pastinya akan mencetuska­n semangat buat semua pemain termasuk penyokong setia Skuad Piala Belia (B19) Sabah.

“Saya mahu anak-anak buah saya bekerja keras di atas padang esok bagi memastikan tiga mata berharga tidak tercicir kepada pasukan lawan.

“Saya cukup yakin gandingan pemain baharu dan muka lama akan mempamerka­n aksi terbaik, sekali gus mengutip tiga mata penuh nanti,” ujarnya ketika ditemui selepas mengiringi legenda Bola Sepak Kebangsaan Datuk James Wong yang lebih dikenali ‘King James’ berkongsi pengalaman caracara menjaring gol bersama para pemain Piala Belia Sabah (B19) di Padang Sintetik Kompleks Sukan Likas, petang Rabu.

Hadir sama jurulatih Skuad Piala Belia Sabah Mohd Aiyyman Johnny Abdullah, Penolong Pengurus Pasukan Lokman Sunggim dan penolong penolong jurulatih sertapegaw­aipegawaiP­asukan Piala Belia Sabah.

Azman yang pada musim ini menggalas tanggungja­wab sebagai pengurus pasukan Piala Belia Sabah yang sebelum ini disandang oleh Mohd Yasin Aman yang kini menjadi pengurus Pasukan Piala Presiden turut mengingatk­an anak buahnya agar sentiasa berhati-hati dan bersungguh­sungguh bermain di padang lawan kerana menyedari pemain yang membarisi Felda United mempunyai kualiti.

Katanya, beliau mahu anak-anak didiknya tampil bermain dengan lebih garang dengan memberi tekanan kepada pasukan lawan, selain mengikut strategi yang ditetapkan.

“Misi utama pemain ialah mencipta gol pertama kerana ia bakal menjadi penyuntik semangat kepada mereka untuk meraih kemenangan. Tidak boleh tidak, pemain mesti memburu kemenangan sulung kerana kita tidak rela kempunan mengutip tiga mata penuh diperlawan­an pembuka tirai bagi pasukan Piala Belia Sabah ini, “ujarnya.

Mengulas program tersebut Azman berkata, ianya merupakan perkongsia­n pengalaman bekas penyerang kebangsaan Datuk James Wong mengenai cara cara menjaringg­olselainpe­nekanan yang diberikan oleh jurulatih semasa sesi latihan yang diadakan.

“Sebelum ini kita juga pernah menjemput bekas penyerang kebangsaan Matlan Marjan untuk berkongsi pengalaman mengenai teknik menjaring gol bersama para pemain Pasukan Piala Belia Sabah,” katanya.

Sambil melahirkan harapan kepada anak-anak buahnya mengutip ilmu serta pengalaman kedua dua legenda bola sepak negara ini, untuk memantapka­n lagi serangan, Azman turut mengingatk­an para pemain agar mengutamak­an displin serta semangat juang yang tinggi ketika beraksi di padang permainan.

 ??  ?? MATLAN turut dijemput untuk berkongsi pengalaman cara menjaringk­an gol bersama pasukan Piala Belia Sabah (B19).
MATLAN turut dijemput untuk berkongsi pengalaman cara menjaringk­an gol bersama pasukan Piala Belia Sabah (B19).
 ??  ?? JAMES (kiri) sambil disaksikan oleh Azman, Mohd Aiyyman dan penolong penolong jurulatih ketika memberikan sesi penerangan kepada para pemain Pasukan Piala Belia Sabah bagi berkongsi pengalaman teknik menjaring gol pada program tersebut.
JAMES (kiri) sambil disaksikan oleh Azman, Mohd Aiyyman dan penolong penolong jurulatih ketika memberikan sesi penerangan kepada para pemain Pasukan Piala Belia Sabah bagi berkongsi pengalaman teknik menjaring gol pada program tersebut.
 ??  ?? AZMAN (enam dari kanan) ketika memberikan motivasi kepada anak buahnya yang akan bertandang ke Kuala Lumpur Sabtu ini bagi melayani perlawanan sulung bersama pasukan Felda United.
AZMAN (enam dari kanan) ketika memberikan motivasi kepada anak buahnya yang akan bertandang ke Kuala Lumpur Sabtu ini bagi melayani perlawanan sulung bersama pasukan Felda United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia