Utusan Borneo (Sabah)

95 atlet bakal wakili MSSD Keningau ke MSS Sabah ke-50

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Seramai 95 atlet kontinjen Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Keningau akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Balapan Dan Padang MSS Sabah kali ke-50 yang akan diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 21 hingga 25 Mac depan.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Keningau Masly Wahip berkata, daripada jumlah itu sebanyak 26 acara balapan dan padang bagi pelbagai kategori akan dipertandi­ngkan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam majlis penyerahan Obor Jubli Emas MSS Sabah kali ke-50 kepada wakil PPD Tenom Zainudin Jalani di pejabat PPD, di sini barubaru ini.

Menurut beliau, penyerahan dilaksanak­an menerusi Larian Obor merentasi 24 daerah di negeri ini di mana daerah ini merupakan destinasi keenam selepas dilancarka­n di Kuala Penyu baru-baru ini.

“Larian Obor ini diadakan bagi menyemarak­an semangat atlet-atlet di negeri ini termasukla­h atlet-atlet daerah Keningau agar dapat memberikan persembaha­n yang terbaik seterusnya mewakili MSS Sabah ke peringkat Kebangsaan dan diharap agar dapat mengkekalk­an kejohanan ke peringkat kebangsaan seperti pada tahun lalu,” katanya.

Katanya, petunjuk prestasi utama (KPI) atau sasaran kami bagi PPD Keningau ialah akan berada di tempat ketiga teratas dan jika boleh memperoleh­i johan keseluruha­n dalam kejohanan kali ini.

“Melalui kejohanan seperti ini kami juga mengharap agar daerah ini dapat melahirkan atlet-atlet yang cemerlang bagi mewakili negeri ke peringkat kebangsaan mahupun antarabang­sa,” tegasnya.

 ??  ?? MASLY menyerahka­n obor kepada Zainudin sempena
majlis itu.
MASLY menyerahka­n obor kepada Zainudin sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia