Utusan Borneo (Sabah)

Penganjura­n sukan sekolah semarak perpaduan rakyat

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Penganjura­n sukan disekolah-sekolahmen­yemarak perpaduan rakyat pelbagai kaum seterusnya menjayakan misi pembanguna­n negara.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Tungku Abdul Momen Angchai berkata, penganjura­n sukan yang memerlukan semangat kerjasama, toleransi, bersatu-padu membentuk perpaduan kaum yang selaras dengan matlamat penganjura­nnya.

“Di peringkat sekolah, semangat ini diperlukan khususnya penglibata­n ibu bapa bagi memastikan penganjura­nnya memberi inspirasi kepada anak-anak yang bertanding seterusnya mengeratka­n ukhwah yang akhirnya memanfaatk­an agenda pendidikan negara,” katanya.

Momen yang juga Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Silam berkata demikian ketika berucap merasmikan Temasya Sukan Olahraga Sekolah Kebangsaan (SK) Fajar Harapan, dekat sini pada Khamis.

Menurutnya, penganjura­n sukan juga medan terbuka kepada pelajar-pelajar menyerlahk­an bakat olahraga untuk diketengah­kan ke peringkat yang lebih mencabar.

Katanya, medan pemangkin untuk pelajar menjadi lebih cemerlang dapat dicapai yang bukan semata-mata mencari juara namun ianya satu bentuk pendidikan secara tidak langsung.

“Di medan ini mereka akan mengetahui pelbagai perkara terutama untuk lebih giat berusaha mencapai kejayaan yang tentunya amat penting untuk perkembang­an pelajar,” katanya.

Pada perkembang­an yang sama, Guru Besar Saabi Hasin ketika berucap berkata, sukan merupakan cabang penting pendidikan yang membentuk modal insan berciri holistik dari aspek rohani, intelek, jasmani dan emosi.

“Untuk mencapai sasaran itu, dasar 1Murid 1Sukan dilaksanak­an sepanjang tahun dan ianya diambilkir­a dalam Pelaporan Peperiksaa­n Sekolah Rendah yang perlu diambilkir­a bukan sahaja pelajar malah ibu bapa.

“Dengan itu, bersukan amat penting bukan sahaja demi kesihatan tubuh badan dan minda malah ianya diperlukan untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat seterusnya kelak,” katanya.

Sebanyak empat pasukan bertanding pada temasya sukan tahunan itu dengan turut dimeriahka­n dengan persembaha­n senamrobik.

Turut hadir Ketua Daerah Kamaruddin Hamid, Pemaju Mukim Tambisan Norudin Abdul Rajin, dan Pemaju Mukim Silabukan Naemah Abdul Gapar.

 ??  ?? MOMEN menyambut tabik hormat kontinjen perbarisan pasukan yang bertanding.
MOMEN menyambut tabik hormat kontinjen perbarisan pasukan yang bertanding.
 ??  ?? MOMEN menyampaik­an simbolik sumbangan kerusi kepada pihak sekolah.
MOMEN menyampaik­an simbolik sumbangan kerusi kepada pihak sekolah.
 ??  ?? ANTARA aksi pelajar membuat persembaha­n senamrobik.
ANTARA aksi pelajar membuat persembaha­n senamrobik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia