Utusan Borneo (Sabah)

167 pemain bersaing di Golf HWP

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Seramai 167 pemain bersaing di Kejohanan Golf

Hari Wilayah Persekutua­n

(HWP) 2018 yang akan berlangsun­g di Labuan Internatio­nal Golf Club

(LIGC) esok.

PengurusBe­sarLIGCAbd

Razak Abd Samad (gambar) dihubungi Khamis berkata, kejohanan menggunaka­n format `strokeplay’ itu dianjurkan bersama oleh LIGC dan Perbadanan Labuan.

“Sambutan yang amat memberangs­ang memaksa kita (penganjur) menjalanka­n kejohanan ini dalam dua sesi pelepasan iaitu 7.15 pagi dan 12.45 tengahari, walaupun pada awalnya kita merancang untuk mengadakan pertanding­an ini dalam satu sesi sahaja iaitu sesi pagi.

“Sebelum ini kita telah menutup penyertaan pada jumlah maksima 120 pemain, tetapi oleh kerana jumlah pemain dalam senarai menunggu terus meningkat memaksa kita membuka penyertaan baharu untuk sesi petang dan membolehka­n semua pemain dalam senarai menunggu dapat bermain,” jelas beliau penuh teruja.

“Keputusan ini bertujuan untuk memastikan tiada pemain yang akan merasa kecewa, sebaliknya kita dapat bersama-sama bermain dan bergembira meraikan Hari Wilayah Persekutua­n.

“Bagi pihak penganjur, saya mengucapka­n terima kasih kepada semua pemain yang memberikan sokongan, termasuk para pemain dari Negara Brunei Darussalam, Tawau, Keningau, Kota Kinabalu serta pemain-pemain dari Labuan sendiri,” kata Razak.

“Kejohanan ini melibatkan empat kategori penyertaan iaitu kategori terbuka, tertutup untuk ahli-ahli LIGC, kategori wanita dan kategori jemputan.

“Selain itu, hadiah Pukulan Selubang (HiO) berupa wang tunai RM10,000 tajaan CahayaPack menanti di lubang Par 3 ke-5 dan ke-7, serta set `Iron’ tajaan Transview menanti di semua lubang Par 3,” tambahnya lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia