Utusan Borneo (Sabah)

12 sekolah terima bantuan menerusi bajet bernilai RM1 bilion yang diumum PM

Menerusi bajet bernilai RM1 bilion yang diumumkan Perdana Menteri

-

TUARAN: Sebanyak 12 sekolah di daerah ini akan menerima bantuan di bawah peruntukan RM1 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk membaiki bangunan sekolah usang di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor memberitah­u setiap sekolah akan menerima beberapa juta ringgit untuk tujuan berkenaan.

Beliau yang juga Adun Sulaman berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolah­an (BKAP) di Sekolah Kebangsaan (SK) Nongkolud, di sini pada Khamis.

Seramai 370 murid sekolah berkenaan menerima faedah di bawah bantuan itu. Mereka diwakili oleh enam murid yang menerima bantuan itu daripada Hajiji.

Penyerahan itu disaksikan oleh Guru Besar SK Nongkolud Salleg Mamun dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran Mukminin Hj Norbinsha.

Turut hadir ialah Yang

“Rakyat Malaysia bertuah kerana semua lapisan masyarakat diberi bantuan. Ia termasukla­h nelayan, petani, penternak, pemandu teksi, peniaga, dan semua. DATUK SERI HJ HAJIJI HJ NOOR

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

Dipertua PIBG Rosmah Belok dan Setiausaha Eksekutif Pekema Mohd Yatim Kadas.

Dalam ucapannya, Hajiji juga mengumumka­n peruntukan sebanyak RM100,000 untuk pembinaan sebuah dewan terbuka di sekolah itu.

Beliau menegaskan BKAP itu merupakan satu daripada berbagai cara kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu para murid serta ibu bapa mereka.

“Bukan BKAP sahaja, macam-macam lagi bantuan seperti KWAPM, buku teks, pakaian seragam, kasut sekolah dan banyak lagi.

“Sesungguhn­ya, rakyat Malaysia bertuah kerana semua lapisan masyarakat diberi bantuan. Ia termasukla­h nelayan, petani, penternak, pemandu teksi, peniaga, dan semua.

“Sedangkan bayi yang baru dilahirkan pun dapat tabung RM200 di bawah skim ADAM50. Bukan banyak negarabole­hmemberiba­ntuan sedemikian,” katanya. Di majlis itu, Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) telah menghadiah­kan 10 basikal kepada murid-murid SK Nongkolud yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n UPSR 2017.

Basikal-basikal itu telah disampaika­n oleh Setiausaha Eksekutif Pekema Mohamad Yatim Hj Kadas yang mewakili Presiden Pekema Sabah Datuk Rezuan Hj Lassim.

Sebelum ini, Pekema juga telah menghadiah­kan sebanyak 100 beg sekolah kepada murid-murid SK Nongkolud.

 ??  ??
 ??  ?? SEORANG murid ditemani bapanya menerima bantuan daripada Hajiji.
SEORANG murid ditemani bapanya menerima bantuan daripada Hajiji.
 ??  ?? ENAM murid yang mewakili 370 murid yang lain menerima BKAP daripada Hajiji.
ENAM murid yang mewakili 370 murid yang lain menerima BKAP daripada Hajiji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia