Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan jaga kebajikan rakyat secara berterusan, bukan bermusim

K’jaan jaga kebajikan rakyat secara berterusan

-

SANDAKAN: Bantuan yang disalurkan kerajaan kepada rakyat bukan dilakukan secara bermusim, tetapi berterusan bagi menjaga kebajikan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata, pelbagai bantuan kerajaan tiada kena-mengena dengan pilihan raya kerana bantuan itu dibuat secara berterusan tanpa mengira musim.

Katanya, ia juga membuktika­n kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengotakan janji berbanding pembangkan­g yang hanya tahu bercakap.

‘’Malah, Bantuan Rakyat 1Malaysia disalurkan oleh kerajaan BN kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira perbezaan fahaman politik. Pendekatan ini sekaligus membuktika­n bahawa kerajaan tidak hanya menumpukan usaha membantu golongan miskin sahaja sebaliknya turut menyampaik­an bantuan pendidikan sebagai langkah persediaan masa depan dalam bidang pendidikan untuk anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian Majlis Penyampaia­n Bantuan Awal Persekolah­an dan Mesyuarat Agung SK Pulau Timbang, Sekong pada Rabu.

Samsudin turut membidas tohmahanpa­rtipembang­kang bahawa pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan adalah semata-mata untuk meraih simpati dan sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut beliau, kerajaan akan meneruskan usaha mengenal pasti keluarga atau individu yang merupakan golongan miskin disebabkan faktor keuzuran, hilang pekerjaan dan anak yatim.

Katanya, langkah itu bertujuan menjaga kebajikan pihak berkenaan dan pada masa sama membantu mengurangk­an beban kemiskinan yang terpaksa mereka tanggung.

“Program menghapusk­an kemiskinan yang dilaksanak­an oleh kerajaan adalah antara agenda utama dalam pelaksanaa­n dasar di semua agensi menerusi program transforma­si kerajaan berasaskan peruntukan bagi Bajet 2018.

“Ibu bapa yang menerima bagi pihak anak mereka perlulah bertanggun­gjawab menggunaka­n bantuan khas itu untuk keperluan persekolah­an anak masingmasi­ng,” katanya.

Samsudin yang juga ketua bahagian Umno Batu Sapi berkata bantuan yang disalurkan kerajaan kepada golongan nelayan dan petani turut dibuat secara berterusan.

“Transforma­si Nasional 2050 (TN50) antara lain telah meletakkan dasar pendidikan sebagai agenda penting, bagi tujuan melahirkan generasi yang berketramp­ilan cemerlang.

“Kerajaan melalui pelbagai agensinya sentiasa sahaja membantu mereka yang kurang berkemampu­an. Seperti hari ini, bukan kerana saya, tetapi kerana anda telah memilih wakil rakyat BN yang telah terbukti berkemampu­an membela kepentinga­n anak bangsa,” katanya.

Dalam majlis itu, beliau telah menyampaik­an bantuan kewangan melalui Touch Point Adun Sekong sebanyak RM2,100 kepada 21 murid yang tidak tersenarai sebagai penerima bantuan awal persekolah­an.

Hadir sama, wakil PPD Roslan Antong, Guru Besar Palmin Olintik, PPM Sekong Zantapha Zainal Abidin, Ketua Puteri Hazulizah Md Dani, Penolong Pengarah Jasa Batu Sapi Zulfikar Piting dan Pegawai Pembanguna­n Luar Bandar MPS Ustaz Imran Osman.

“Ibu bapa yang menerima bagi pihak anak mereka perlulah bertanggun­gjawab menggunaka­nbantuankh­asituuntuk­keperluan ” persekolah­an anak masing-masing.

DATUK SAMSUDIN YAHYA Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong

 ??  ?? SAMSUDIN menyampaik­an bantuan kewangan melalui Touch Point Adun Sekong sebanyak RM2,100 kepada 21 murid.
SAMSUDIN menyampaik­an bantuan kewangan melalui Touch Point Adun Sekong sebanyak RM2,100 kepada 21 murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia