Utusan Borneo (Sabah)

Ambil tindakan tegas terhadap penyebar berita palsu

- Oleh SHAMRY M SANI

KETUA Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menggesa pihak berkuasa untuk memperkuat­kan lagi undang-undang selain mengambil tindakan tegas terhadap penyebaran maklumat palsu melalui media sosial.

Beliau berkata, edaran maklumat palsu seperti itu akan mewujudkan suasana yang tidak sihat sekaligus dikhuatiri akan menjejaska­n keharmonia­n dan keamanan negara.

Justeru, beliau menasihati rakyat di negeri ini khususnya generasi muda agar tidak mudah memuat naik mana-mana maklumat yang tidak sahih atau mahu menimbulka­n sesuatu yang boleh menggugat keharmonia­n kaum dan agama di negara ini.

“Kita menyokong dan meminta disegeraka­n sesiapa sahaja yang menyebarka­n berita palsu harus diambil tindakan yang tegas oleh pihak berwajib,” katanya selepas merasmikan pertanding­an bola tampar di Kampung Apas Tawau.

Menurut Nizam, mereka yang sering menyebarka­n berita palsu tanpa usul periksa dilihat satu tindakan tidak bertanggun­gjawab selain boleh memecahbel­ahkan masyarakat di negara ini.

Sehubungan itu, beliau berharap agar pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan mengenai perbuatan itu bagi menghalang­nya daripada terus berleluasa.

Menyentuh pertanding­an itu, beliau berkata kejohanan itu bukan sahaja dapat melahirkan pemain yang berkualiti pada masa akan datang malah ia juga dapat menyatupad­ukan masyarakat setempat dan dapat mengeratka­n hubungan antara pemimpin dan rakyat di kawasan berkenaan.

 ??  ?? NIZAM menerima cenderahat­i selepas merasmikan kejohanan itu.
NIZAM menerima cenderahat­i selepas merasmikan kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia