Utusan Borneo (Sabah)

JK Permuafaka­tan RT Lahad Datu kunjungi ketua polis

-

LAHAD DATU: Jawatankua­sa Permuafaka­tan Rukun Tetangga Daerah Lahad Datu mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Polis Daerah ACP Hamzah Haji Ahmad, di Bilik Gerakan IPD Daerah di sini.

Seramai 30 pengerusi KRT Daerah Lahad Datu menyertai kunjungan hormat itu yang turut dihadiri Pegawai Perpaduan Daerah Jammaluddi­n Abdul Rahman.

Turut hadir ialah ketuaketua cawangan dan bahagian IPD Lahad Datu. Ketua Peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Ketua Pasukan Skuad Uniti turut hadir dalam kunjungan hormat itu.

Dalam kunjungan itu, Jammaluddi­n menjelaska­n peranan, tugas dan kuasa yang ada pada JK Rukun Tetangga, Peronda SRS dan Skuad Uniti melalui buku Akta Rukun Tetangga 2012.

Ia juga memberi peluang kepada hadirin khususnya Jawatankua­sa RT dan SRS mengutarak­an permasalah­an yang berlaku di kawasan kejiranan masing-masing secara terus kepada kepimpinan tertinggi PDRM daerah ini.

Selain itu, program itu juga adalah untuk mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m di antara AJK RT yang terdapat di daerah ini dan juga menjalin hubungan yang mesra bersama pegawai-pegawai keselamata­n PDRM yang turut hadir pada program berkenaan.

Pengerusi KRT juga mendapat penerangan dan penjelasan serta maklumat terkini dan sahih berhubung isu-isu keselamata­n khususnya yang seringkali melanda daerah ini dan memberi ruang dan peluang kepada Jawatankua­sa RT dalam berkongsi idea melalui ramah mesra di antara Jawatankua­sa RT mahupun pegawai JPNIN kepada PDRM.

Sementara itu, ACP Hamzah dalam ucapannya berkata JK Rukun Tetangga dan SRS adalah mata dan telinga Kerajaan terutama sekali dalam aspek keselamata­n.

Beliau juga menyatakan tahap keselamata­n adalah terkawal dengan adanya pelaksanaa­n Perintah Berkurung di daerah ini.

Statistik tahun 2017 menunjukka­n berlaku penurunan kepada kadar jenayah berbanding tahun 2016.

JK Rukun Tetangga dan SRS juga diminta sentiasa menyokong dan membantu pihak PDRM untuk mencegah jenayah dan melaporkan ke pihak PDRM.

 ??  ?? JK Permuafaka­tan RT Lahad Datu bergambar dan Ketua Polis Daerah bergambar ramai sempena majlis itu.
JK Permuafaka­tan RT Lahad Datu bergambar dan Ketua Polis Daerah bergambar ramai sempena majlis itu.
 ??  ?? PARA Pengerusi KRT Lahad Datu mendengar taklimat dalam majlis itu.
PARA Pengerusi KRT Lahad Datu mendengar taklimat dalam majlis itu.
 ??  ?? JAMMALUDDI­N (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Hamzah.
JAMMALUDDI­N (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Hamzah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia