Utusan Borneo (Sabah)

Lanjutkan Karnival Sentuhan Rakyat sehingga 12 bulan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Umno Parlimen Kalabakan mencadangk­an jadual Karnival Sentuhan Rakyat dilanjutka­n masanya dan diadakan lebih kerap kerana manfaatnya cukup besarkepad­arakyatkhu­susnya penduduk luar bandar.

Cadangan itu diberikan kerana ketika ini karnival itu diadakan sebulan sekali dalam tempoh enam bulan, justeru penganjur diharap menambah masanya sehingga 12 bulan.

Ahli Parlimen Kalabakan merangkap Ketua Umno Kalabakan Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh percaya langkah itu wajar berikutan sambutan baik daripada rakyat.

“Kita bersyukur Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) datang pada setiap bulan, namun saya cadangkan jadualnya dipanjangk­an.

“Kita melihat karnival ini dapat membantu rakyat kawasan luar bandar menikmati barangan keperluan pada harga yang lebih rendah (berpatutan),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Karnival Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Kalabakan, di Dewan Datuk Seri Najib, Merotai Besar, di sini pada Rabu.

Menurutnya, program itu disambut baik kerana barangan keperluan harian boleh dibeli pada harga murah, sedangkan lazimnya dijual pada harga mahal di premis tertentu.

Pada masa sama, Ghapur meminta rakyat menjadi mata dan telinga kerajaan tampil melaporkan kepada KPDNKK jika ada barangan dijual pada harga tidak berpatutan.

”Aduan perlu untuk memastikan harga barangan kita di pasaran stabil dan tidak ada peniaga yang cuba mengaut keuntungan besar sehingga menjejaska­n rakyat,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Kalabakan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik Datuk Abdul Muis Picho, Naib Ketua Umno Kalabakan Ismail Ait dan Ketua Wanita Umno Kalabakan Chaya Sulaiman.

 ??  ?? GHAPUR ditemani Muis, Ismail, Chaya dan kepimpinan Umno Kalabakan merasmikan Karnival Sentuhan Rakyat Parlimen Kalabakan.
GHAPUR ditemani Muis, Ismail, Chaya dan kepimpinan Umno Kalabakan merasmikan Karnival Sentuhan Rakyat Parlimen Kalabakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia