Utusan Borneo (Sabah)

Perairan Sabah dan Sarawak dijamin selamat

-

KUCHING: Perairan negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak dijamin selamat dengan adanya peningkata­n bilangan anggota penjagaan keselamata­n berkaitan.

Pegawai Memerintah Kapal Latihan Gagah Samudera (KLGS) Komander Mahamad Nazir Darus (gambar) berkata, keadaan perairan negara kini terjaga.

“Saya merasakan perairan termasuk di Sabah sekarang ini terjaga dan adalah selamat untuk pergi ke sana.

“Tambahan kita ada pelbagai agensi termasuk ESSCOM atau Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah, yang menjaga perairan di sana,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Hari Terbuka KLGS di Pelabuhan Pending di sini, pada Rabu.

Beliauberk­atasehingg­akini, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dianggarka­n mempunyai lebih kurang 18,000 keanggotaa­n.

Namun katanya, apa yang penting juga bukan setakat kekuatan tenaga tetapi aset seperti kapal-kapal baharu masih diperlukan dalam menjaga keselamata­n di perairan negara.

“Kami perlukan kapalkapal yang mampu beroperasi danbaharuk­eranakapal-kapal sedia ada sudah tua selain kerja-kerja penyelengg­araan menelan kos yang amat tinggi.

“Maka amat perlu kapal baharu memandangk­an kos penyelengg­araan lebih rendah, sebagai contoh kapal ini (KLGS) yang baharu sahaja setahun sehingga kini belum ada sebarang masalah utama berlaku,” katanya.

KLGS yang hampir setahun beroperasi merupakan platform latihan terbaharu dalam armada TLDM dan turut merupakan kapal pertama yang dibina bagi memenuhi keperluan latihan di laut untuk warga TLDM.

Nazir memberitah­u, bagi mencapai visi mereka, TLDM dijangka menerima lima jenis kapal berkeboleh­an sepenuhnya untuk menjaga perairan negara dalam masa 15 tahun lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia