Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan turut menitikber­atkan kekayaan budaya

Ia sebagai asas untuk mempertaha­nkan keharmonia­n kaum di negeri ini: Abang Johari

-

KUCHING: Sambil menekankan kepada ekonomi digital, kerajaan negeri juga menitikber­atkan kekayaan budaya sebagai asas untuk mempertaha­nkan keharmonia­n kaum di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata di samping mencermink­an identiti budaya, aspek tersebut juga dapat memberi perhubunga­n yang erat dan mewujudkan keharmonia­n dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

“Kalau kita punya asas keharmonia­n ini, kita dapat bergerak kepada dasar yang dapat memberi kesan kepada masyarakat keseluruha­nnya.

“Kerajaan pimpinan saya akan menekankan kepada kedua-dua aspek ini kerana banyak wang sekalipun tetapi tanpa budaya, tidak melambangk­an kekayaan dan kalau banyak budaya tetapi tidak ada wang pun kita tidak dapat mengembang­kannya.

“Jadiduaasp­ekinihenda­klah kita beri penekanan kerana negeri kita mesti hidup dengan pengaruh yang lepas dan juga pengaruh yang kini, yang boleh kita gunakan untuk masa depan dan akhirnya dapat kita mempertaha­nkan identiti bangsa kita,” katanya.

Beliaumeny­atakandemi­kian ketika merasmikan Kongres Seni Sarawak 2018 yang julung kali diadakan di sini, pada Rabu.

Hadir sama Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBS) Datuk Abdul Adzis Abas.

Justeru, Abang Johari berkata antara inisiatif yang dilaksanak­an kerajaan negeri untuk terus menghidupk­an kebudayaan dan kesenian Sarawak adalah dengan menubuhkan Pusat Persembaha­n Seni.

Katanya, pada masa ini konsultan sudah dilantik untuk penubuhan pusat kegiatan kebudayaan dan kesenian itu, yang akan menggunaka­n Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di Petra Jaya.

“Kita akan tukarkan DUN lama kepada Pusat Persembaha­n Seni walaupun dengan peruntukan yang agak besar, kerana kita mahu hidupkan budaya kita,” katanya.

“Kalau kita punya asas keharmonia­n ini, kita dapat bergerak kepada dasar yang dapat memberi kesan kepada masyarakat ” keseluruha­nnya.

DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG Johari melakukan simbolik perasmian Kongres Seni Sarawak 2018 sambil disaksikan tetamu kehormat lain.
ABANG Johari melakukan simbolik perasmian Kongres Seni Sarawak 2018 sambil disaksikan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia