Utusan Borneo (Sabah)

YaPEIM lancar kaunter bergerak pertama di S’wak

-

KUCHING: Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melancarka­n perkhidmat­an kaunter bergerak pertama di negeri ini pada Selasa.

Ketua Pengarah YaPIEM Datuk Abdullah Samsudin berkata ia merupakan langkah proaktif pihaknya dalam menawarkan perkhidmat­an kepada masyarakat khususnya di kawasan yang kurang kemudahan perbankan.

“Atas faktor tersebut, kita perkenalka­n pendekatan baharu dengan menawarkan perkhidmat­an program Mikro Kredit Ar Rahnu melalui kaunter bergerak,” katanya.

Beliau mendedahka­n perkara itu pada sidang media YaPIEM sempena pelancaran van kaunter bergerak di sebuah restoran di sini semalam.

Menjelaska­n perkara itu, Abdullah berkata ia merupakan pembukaan kaunter bergerak kedua YaPIEM selepas dilaksanak­an di Pulau Bum Bum, Semporna Sabah pada 26 Ogos tahun lalu.

Setakat ini katanya, YaPIEM mempunyai sembilan kaunter bergerak di seluruh negara.

Mengulas lanjut, kaunter bergerak YaPIEM di Sarawak dijangka beroperasi dalam masa terdekat yang membabitka­n tujuh kawasan di Kuching, Lundu, Bau, Bako, Samarahan, Serian dan Padawan.

“Operasi akan dilakukan setiap hari di lokasi tertentu mengikut jadual yang telah ditetapkan,” katanya.

Dengan adanya kaunter bergerak terbabit katanya, masyarakat lebih fleksibel untuk melaksanak­an urus niaga.

Malah ia juga dapat memudahkan urusan masyarakat di lokasi yang tidak mempunyai cawangan statik Ar Rahnu YaPIEM.

Abdullah berkata antara perkhidmat­an yang ditawarkan oleh kaunter bergerak YaPIEM termasuk cuci emas, ujian ketulenan emas, jual beli emas, transaksi gadaian, simpanan dan tabung Ar Rahnu YaPIEM, produk YaPIEM serta urus niaga akaun simpanan khas.

 ??  ?? ABDULLAH bersama tetamu melancarka­n Perkhidmat­an Kaunter Bergerak YaPIEM di Kuching.
ABDULLAH bersama tetamu melancarka­n Perkhidmat­an Kaunter Bergerak YaPIEM di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia