Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan kualiti projek

Saranan kepada 101 kontraktor PIA dan PIAS PPPNS

-

TONGOD: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah meminta para kontraktor di sini yang mendapat projek pembanguna­n melalui pengundian berkompute­r projek Infrastruk­tur Awam (PIA) dan Projek Infrastruk­tur Asas (PIAS) Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Negeri Sabah (PPPNS)agarmengut­amakan kualiti ketika melaksanak­an projek itu dan siap mengikut jadual.

Katanya, projek yang berkualiti dapat memberikan kepuasan hati kepada rakyat yang menikmatin­ya selain boleh bertahan lebih lama lagi.

Pada masa yang sama, beliau juga kontraktor perlu menyiapkan projek mengikut speksifika­si dan jadual yang telah ditetapkan.

“Saya berharap para kontraktor dapat melakukan kerja yang berkualiti dan mengikuti speksifika­si projek serta siap mengikut jadual,” katanya semasa merasmikan Majlis Pengundian Berkompute­r Projek PIA dan PIAS bagi daerah Tongod dan Telupid yang dijalankan serentak di Dewan Serbaguna Kampung Entilibon, di sini.

Masiung yang juga Adun Kuamut difahamkan bahawa program itu adalah merupakan keazaman kerajaan untuk memantapka­n pembanguna­n DATUK MASIUNG BANAH

Pembantu Menteri Belia dan Sukan sosioekono­mi secara inklusif Katanya, ia juga mengatasi setelah menyelami kehendak kesulitan rakyat dengan pantas dan pemasalaha­n sehingga ke dan lebih berkesan di kawasan peringkat akar umbi. itu.

Beliau percaya melalui pengagihan projek dengan cara penggundia­n berkompute­r dapat memuaskan hati para kontraktor yang berdaftar di kedua-dua daerah berkenaan.

Menurut beliau pengundian berkompute­r merupakan sistem baharu yang diperkenal­kan oleh kerajaan melalui PPPNS khususnya di daerah ini dan Telupid.

Masiung juga berharap usaha kerajaan Persekutua­n dalam membantu memperkasa ekonomi luar bandar melalui pembinaan projek kemudahan awam dan asas secara berterusan demi kesejahter­aan dan keselesaan rakyat di luar bandar.

“Bagi yang berjaya mendapatka­n projek, saya mengucapka­n syabas dan tahniah dan bagi yang tidak berjaya, boleh berusaha lagi untuk mendapatka­n projek melalui peruntukka­n pembanguna­n yang disalurkan oleh kerajaan, sama ada jabatan kerajaan negeri mahupun Persekutua­n,” katanya.

Seramai 101 kontraktor masing-masing 62 dari Tongod dan 39 dari Telupid berjaya mendapatka­n projek melalui pengundian berkompute­r itu.

Mereka adalah antara 114 kontraktor dari kedua-dua daerah berkenaan yang hadir pada majlis penggundia­n itu di mana Masiung telah mewakili daerah Tongod sementara Penolong Pegawai Daerah (Pembanguna­n) Joseph Bengguan mewakili Pejabat Daerah Telupid.

Terdahulu, Penolong Pegawai Tadbir Seksyen Khas PPPNS Suhaili Nip telah menerangka­n mengenai sistem itu kepada para kontraktor yang hadir.

Hadir sama, Pegawai Daerah Robert Stidi, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Khas PPPNS Roy Nazwin Abdillah Nabil dan Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Kuamut Laising Podok.

“Saya berharap para kontraktor dapat melakukank­erjayangbe­rkualitida­nmengikuti speksifika­si projek serta siap mengikut ” jadual

 ??  ?? MASIUNG sedang melakukan pelancaran Sistem Penggundia­n Berkompute­r projek PIA dan PIAS bagi Tongod dan Telupid.
MASIUNG sedang melakukan pelancaran Sistem Penggundia­n Berkompute­r projek PIA dan PIAS bagi Tongod dan Telupid.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia