Utusan Borneo (Sabah)

500 anak muda isi minyak percuma anjuran Pemuda BN Labuan

-

LABUAN: Hampir 500 anak muda yang menggunaka­n motosikal berkuasa 150cc ke bawah tidak melepaskan peluang untuk mengisi minyak yang diadakan di Stesen Minyak Petronas, Jalan Saguking, malam Rabu.

Program anjuran Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Bahagian Labuan itu bertujuan untuk meringanka­n beban kewangan golongan muda yang berpendapa­tan rendah di wilayah ini.

Ketua Pemuda BN Bahagian Labuan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan yang menjadi penganjur program itu, berkata program itu yang mendapat sokongan daripada Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli akan diteruskan pada setiap bulan pada tahun ini.

Beliau berharap menerusi pemberian minyak secara percuma itu akan menceriaka­n golongan muda yang sentiasa mendapat perhatian kerajaan dan BN.

“Pemuda BN Labuan mengotakan janjinya dengan mengadakan program isi minyak secara berterusan pada tahun ini. Kami berharap menerusi program itu, golongan muda akan terus ceria,” katanya.

Mohd Rafi yang juga setiausaha politik Menteri Wilayah Persekutua­n berharap golongan muda akan terus bersama pucuk pimpinan menangani dan menghadapi kegawatan ekonomi khususnya yang membabitka­n industri minyak dan gas.

Beliau berkata, kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Umno sentiasa mengambil berat masalah yang dihadapi rakyat termasuk golongan muda.

Katanya, pelbagai langkah telah diambil kerajaan untuk menangani keadaan ekonomi dan peningkata­n sara hidup ketika ini sekaligus meringanka­n beban rakyat.

Beliau yakin menerusi langkah yang telah, sedang dan akan diambil kerajaan itu, keadaan ekonomi negara akan kembali pulih pada tahun 2018.

Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berkata program yang dianjurkan pergerakan itu tepat pada masanya sekaligus menceriaka­n golongan muda.

“Kerajaan telah melaksanak­an pelbagai program untuk memastikan ekonomi negara berada pada tahap yang stabil pada tahun ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Pemuda BN Labuan yang mengambil inisiatif membantu golongan muda di pulau bebas cukai in,” katanya.

Program yang diadakan pada kali ini dimeriahka­n lagi dengan kehadiran Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

Turut hadir, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, Naib Ketua Bahagian Datuk Khalid Ghani, Naib Ketua Pemuda Umno Morshidi Juanah dan Ketua Kampung Gersik Osman Kadir.

Mohd Rafi berkata, menerusi program murni itu, akan mengeratka­n hubungan yang sedia terjalin antara kepimpinan parti dan golongan muda di Labuan.

Justeru, beliau mahu golonganmu­daterusber­samasama BN dan Umno bukan sahaja untuk menghadapi PRU14 tetapi juga membantu membangunk­an Labuan pada masa akan datang.

“Saya yakin dan percaya golongan muda akan terus bersama Rozman selaku wakil rakyat yang sentiasa bersama mereka sejak dahulu hingga hari ini,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Shabery (tiga kiri) mengisi minyak ke dalam tangki motosikal golongan muda sambil diperhatik­an Rozman (dua kanan) dan Mohd Rafi (dua kiri) pada program itu.
AHMAD Shabery (tiga kiri) mengisi minyak ke dalam tangki motosikal golongan muda sambil diperhatik­an Rozman (dua kanan) dan Mohd Rafi (dua kiri) pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia