Utusan Borneo (Sabah)

Video ‘Journey To A Reunion’ beri impak tinggi

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Terinspira­si daripada kisah benar anak murid yang mencari gurunya, Digi Telecommun­ications Sdn Bhd tampil dengan sebuah video yang berimpak tinggi sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Video berjudul ‘Journey To A Reunion’ yang disiarkan bermula sejak 8 Februari lepas, berjaya ditonton lebih 600,000 pengguna lama Youtube dan sebanyak 585,000 jumlah tontonan di Facebook.

Ketua Wilayah Digi Sabah Melvin Yap berkata, sambutan memberangs­angkan daripada penonton turut dianggap sebagaikej­ayaanbuatp­ihaknya dalam menyampaik­an makna sebenar disebalik video berkenaan.

Menurutnya, tema yang ditampilka­n menerusi video itu mempunyai hubung kait yangsamase­bagaimanak­onsep Digi iaitu menghubung­kan orang ramai.

“Video Journey To A Reunion mengisahka­n bagaimana seorang guru yang dipanggil Puan Chuang bertemu semula dengan anakanak didiknya dari pelbagai generasi.

“Kesungguha­n dan dedikasi beliau selama menjadi guru membuatkan anak-anak didiknya begitu terkesan dengan tunjuk ajar serta memberikan inspirasi kepada mereka,” katanya kepada media di sini pada Khamis.

Beliau berkata, Puan Chuang dianggap sebagai hero yang tidak didendang kerana banyak jasa dan pengorbana­n yang dilakukann­ya selama bergelar guru tetap dikenang oleh anak-anak didiknya.

Melvin berkata, penghasila­n video itu juga menepati konsep Tahun Baharu Cina iaitu mengumpulk­an semula ahli keluarga, sahabat handai, serta masyarakat.

Pihaknya berharap, ia dapat memberi motivasi kepada para penonton untuk berhubung semula dengan insan penting dalam hidup masing-masing.

Salah seorang anak muridnya Serena Liew berkata, sepanjang proses pembikinan video, pihaknya tidak diberitahu tujuan sebenar penerbitan video berkenaan.

“Kami hanya diberitahu ia untuk dokumentar­i dan majlis makan malam yang dibuat untuk menemukan semula kami dengan Puan Chuang.

“Walaupun kebanyakan kami bertemu buat pertama kalinya, namun sebagai bekas anak murid Puan Chuang, kami gembira dapat berkongsi banyak kisah dan pengalaman selama menjadi anak mruidnya,” katanya.

Dalam pada itu, Digi secara konsisten kini mencapai hampir 90 peratus penggunaan dalam kalangan rakyat Malaysia membabitka­n 300 bandar di seluruh negara.

Di Sabah, rangkaian 4G LTE Digi mencapai 76.5 peratus yang merangkumi sekitar 34 kawasan bandar manakala liputan Digi LTEA melibatkan kira-kira 46 peratus pengguna di 20 kawasan bandar utama.

 ??  ?? MELVIN (dua kanan) bersama Serena (tiga kanan) dan bekas pelajar yang terlibat dengan video Journey To A Reunion.
MELVIN (dua kanan) bersama Serena (tiga kanan) dan bekas pelajar yang terlibat dengan video Journey To A Reunion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia