Utusan Borneo (Sabah)

Salimey mahu lagu ‘Pertama Kali’ melekat dalam ingatan peminat

-

SALIMEY Abu Bakar, suara di sebalik lagu ‘Pertama Kali’ mahu lagu hasil ciptaan Fauzi Aisunam ini kekal di dalam ingatan para peminat muzik di Malaysia.

Lagu yang pernah menjadi runut bunyi kepada beberapa buah drama seperti ‘Seharum Mawar’, ‘Pengemis Itu Saudara Aku’, ‘Airmata Di Bumi Matador’ dan ‘Ustaz Pink’ mendapat sentuhan lirik daripada Salimey sendiri bersama Lieynur Liey, Yusri Ishak, Fauzi Aisunam.

“’Pertama Kali’ membuka jalan bagi saya untuk tampil sebagai pendatang baharu dalam industri hiburan tanah air dan peluang diberikan oleh Fauzi Aisunam yang percaya kepada kebo-lehan saya untuk menyanyi.

“Walaupun latar belakang saya 15 tahun lepas adalah sebagai seorang Pegawai Perhu-bungan Awam (PR) di syarikat Zanzibar Records dan kemudianny­a menjadi jurufoto majalah hiburan, ramai yang memberi katakata semangat untuk saya merealisas­ikan cita-cita untuk menjadi penyanyi,” kata penyanyi itu dalam satu kenyataan. Penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu terut bersyukur yang ‘Pertama Kali’ sering kali dimainkan di stesen radio pantai timur mendapat sambutan yang baik daripada para pendengar. Menceritak­an tentang kisah perjalanan ‘Pertama Kali’, Salimey berkata ia mengambil masa yang agak lama untuk dirakamkan atas sebab kewangan namun itu tidak mematahkan semangatny­a untuk meneruskan cita-cita lebih-lebih lagi apabila mendapat sokongan moral daripada rakan-rakan sekeliling. Melangkah setapak lagi, Salimey baharu selesai menjalani penggambar­an video muzik ‘Pertama Kali’ arahan Kas Roshan.

“Penggambar­an klip video ‘Pertama Kali’ bermula di Pulau Langkawi dan penyudah penggambar­annya dibuat di Petaling Jaya, Selangor.

“Untuk jalan cerita klip video Pertama Kali, saya mahukan sesuatu yang di luar kotak. Bukan biasa-biasa dan bukan keterbiasa­an,” katanya.

Untuk tahun 2018 ini, Salimey berusaha gigih untuk mengotakan janji dan cita-citanya untuk berjaya dalam bidang seni suara dan sekaligus dikenali oleh peminat.

 ??  ??
 ??  ?? SALIMEY semasa menjalani penggambar­an video muzik ‘Pertama Kali’.
SALIMEY semasa menjalani penggambar­an video muzik ‘Pertama Kali’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia