Utusan Borneo (Sabah)

Bot karam di Sungai Kalabakan: Dua hilang, lima selamat?

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Dua dikhuatiri lemas dan lima selamat dalam kejadian bot karam yang dilaporkan berlaku di Sungai Kalabakan, kira-kira jam 11 pagi Khamis, menurut laporan seorang pengadu.

Utusan Borneo difahamkan, aduan awal mengenai kes bot karam itu dikatakan dilapor menerusi talian MERS 999 sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.

Penduduk kampung di Kalabakan yang dihubungi tetapi enggan mendedahka­n identitiny­a berkata ada melihat pihak berkuasa menjalanka­n Ops SAR di sekitar Sungai Kalabakan.

Bagaimanap­un, sehingga jam 5 petang, masih belum ada sebarang tanda-tanda baharu penemuan mangsa (selamat dan masih hilang) yang dilaporkan di dalam kes terbabit.

“Sungai Kalabakan di kawasan itu biasanya menjadi tumpuan laluan keluarmasu­k aktiviti penyeludup­an pendatang tanpa izin, barangan kawalan dan rokok kretek.

“Kawasan terbabit juga menjadi tumpuan kaki pancing untuk menjalanka­n aktiviti memburu ikan seperti jenahak (merah) dan tembaring (blackbass),” katanya.

Namun, timbul tanda tanya kesahihana­duanpengad­ulebihlebi­h lagi nombor telefon yang digunakan untuk membuat laporan di talian MERS 999 tidak dapat dihubungi.

Begitupun, Pasukan Bomba dan Penyelamat Tawau serta Pasukan Bomba Sukarela Kalabakan mengambil inisiatif untuk menjalanka­n Ops SAR sehingga ke kawasan laut.

Sehingga jam 6 petang, pihak berkuasa yang dihubungi untuk mendapatka­n pengesahan status kesahihan insiden terbabit, masih belum memberikan sebarang maklum-balas.

 ??  ?? OPS SAR digerakkan bermula dari Sungai Kalabakan sehingga ke kawasan laut berhampira­n.
OPS SAR digerakkan bermula dari Sungai Kalabakan sehingga ke kawasan laut berhampira­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia