Utusan Borneo (Sabah)

Contohi formula Singapura

Dalam usaha Sabah perbaiki sistem pengurusan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Singapura wajar dijadikan contoh dalam usaha negeri ini menambah baik sistem pengurusan di semua peringkat. Banyak perkara yang boleh dipelajari dari negara itu untuk menambah baik sistem pengurusan di sini

DATUK SERI PANGLIMA RAYMOND TAN SHU KIAH Timbalan Ketua Menteri

Timbalan Ketua Menteri DatukSeriP­anglimaRay­mond Tan Shu Kiah berkata, Singapura mempunyai jumlah populasi 5 juta orang tidak termasuk 25 juta pelancong yang datang setiap tahun.

“Singapura tidak kaya dengan sumber asli tetapi mampu menjadi salah sebuah negara maju di dunia. Justeru, sistem pengurusan yang diamalkan negara itu wajar dijadikan contoh.

“Banyak perkara yang boleh dipelajari dari negara itu untuk menambah baik sistem pengurusan di sini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian bersama media, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, negara itu yang kini menaikkan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dari 7 sehingga 9 peratus. Tidak pernah menurunkan cukai pendapatan, namun masih ramai yang berkunjung atau berhijrah ke negara berkenaan.

Katanya, dalam satu kunjungan hormat kerajaan negeri terhadap Perdana Menteri Singapura yang berlangsun­g pada hujung Januari lalu, maklum balas yang diterima daripada negara itu sangat baik.

“Pemimpin mereka berminat dengan Sabah dan ini adalah satu perkara yang penting kerana ia menunjukka­n satu potensi pelaburan dalam sumber asli di sini.

“Selain itu, negara itu turut menjadi pengerusi Persatuan

Negara-negara Asia Tenggara (Asean) pada tahun ini dan sudah pasti menjadikan Pembanguna­n Kawasan Pertumbuha­n Asean Timur - Brunei, Indonesia, Malaysia, Philipines (BIMP-EAGA) lebih rancak,” katanya.

Raymond yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian berkata, Singapura mempunyai formula tersendiri dalam sistem pengurusan di semua peringkat pembanguna­n.

Katanya, sektor industri minyak dan gas negara itu juga telah membangun sejak 60 tahun dahulu dan sektor yang sama di negeri ini boleh dibangunka­n dengan mengambil contoh pembanguna­n itu.

“Pelabuhan negara itu juga adalah nombor lima terbaik di seluruh dunia dan kita juga wajar mendapatka­n pengetahua­n bagi membangunk­an perlabuhan Teluk Sepanggar,” katanya.

 ??  ?? RAYMOND (tiga kanan) bersama pengamal media lain menyempurn­akan acara yee sang
RAYMOND (tiga kanan) bersama pengamal media lain menyempurn­akan acara yee sang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia