Utusan Borneo (Sabah)

Hari hitam dagangan bebas, adil

- Oleh FadzilGhaz­ali afadzilg@mpob.gov.my

PUTRAJAYA: Menteri Perusahaan­Perladanga­ndan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong menyifatka­n tindakan Kesatuan Eropah (EU) ke atas minyak sawit sebagai amalan aparteid tanaman dan menjadi hari hitam untuk dunia dagangan bebas dan adil.

Tahun lalu, Parlimen EU telah meluluskan dua resolusi iaitu mengenakan pensijilan kemampanan untuk semua eksport sawit ke EU menjelang 2020 dan mengharamk­an pengunaan minyak sawit dalam program bio bahan api EU mulai tahun 2021.

“Ini bukan persoalan kemampanan tetapi lebih kepada tindakan diskrimina­si terhadap minyak sawit. Bagaimana mereka boleh menyalahka­n minyak sawit untuk segalanya?

“Ini juga bukan isu kemusnahan­hutantetap­ilebih kepada polisi perlindung­an untuk peladang minyak bijian Eropah,” katanya selepas merasmikan Palm Oil Economic Review and Outlook (R&O) Seminar 2018 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian R&O Seminar 2018 turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC), Datuk K. Yogeesvara­n dan Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din.

R&O Seminar adalah program tahunan anjuran MPOB sebagai usaha menyampaik­an maklumat terkini mengenai industri sawit serta industri minyak dan lelemak global kepada pihak berkepenti­ngan.

Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, layanan adil sepatutnya diberi kepada semua minyak sayuran yang digunakan dalam adunan bio bahan api seperti minyak sesawi dan kacang soya, tetapi EU sememangny­a sentiasa ada isu dengan minyak sawit.

Beliau berkata, walaupun perkembang­aninimerup­akan satu tamparan kepada industri sawit namun ada juga tanda-tanda positif daripada kemelut isu sawit di EU.

Katanya, jumlah mereka yang mengundi bersetuju dengan tindakan ke atas minyak sawit ini telah menurun kepada 429 Ahli Parlimen EU (MEPs) berbanding dengan 640 MEPs semasa pengundian asal dibuat pada April 2017.

“Oleh itu Malaysia akan terus meningkatk­an usaha untuk menjelaska­n kepada Menteri dan Suruhanjay­a Eropah mengenai kepentinga­n industri sawit kepada dunia sebelum EU mengambil keputusan untuk mengharamk­an penggunaan minyak sawit dalam program biobahan api EU,” tambah beliau.

Sebelum tindakan EU ke atas minyak sawit ini menjadi undang-undang, ianya perlu mendapat mandat daripada Majlis Menteri EU serta Suruhanjay­a Eropah.

“Kita akan menjelaska­n kepada mereka melalui kedutaan kita di 16 negara EU. Kita juga akan bertemu dengan wakil EU di pejabat kedutaan mereka di Malaysia untuk memastikan kesemua faktadanma­klumatyang­betul mengenai sawit disebarkan. Kita juga akan menekankan bantahan kita diketahui oleh EU,” tambah Mah.

Jumlah permintaan EU untuk biodiesel berasaskan minyak sawit mencecah 2.8 juta tan setahun dan Malaysia menyumbang sebanyak 800,000 tan sementara Indonesia pula sejumlah 2 juta tan.

 ??  ?? DATUK Sri Mah Siew Keong semasa berucap merasmikan R&O Seminar 2018 di Putrajaya.
DATUK Sri Mah Siew Keong semasa berucap merasmikan R&O Seminar 2018 di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia