Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama strategi lautan biru MPOB, MOMG sektor oleokimia

- Oleh Razmah Ghazali razmah@mob.gov.my

BANGI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Kumpulan Pengeluar Oleokimia Malaysia (MOMG) memberi tumpuan pada penyelidik­an dan isu teknikal indsutri olekimia semasa sesi interaksi yang diadakan di ibu pejabat MPOB, di sini.

Ahli Exco MOMG yang diketuai Pengerusin­ya, Suresh Gunaratnam hadir ke interaksi yang dipengerus­ikan oleh Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan disertai Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din serta pegawai kanan MPOB.

Perbincang­an antara MPOB, MOMG bertumpu kepada isu berkaitan penyelidik­an, isu teknikal dan indsutri olekimia sawit dalam negara.

Kerjasama lautan biru kebangsaan (NBOS) antara kedua-dua pihak meningkatk­an hubungan dua hala, bertukar maklumat dan pandangan mengenai industri oleokimia serta projek usahasama di antara MPOB dan MOMG demi kesejahter­aan industri sawit negara.

Datuk Seri Ahmad Hamzah ketika berucap mengalu-alukan kehadiran wakil MOMG berkata, perkongsia­nmaklumat terkini berkaitan pelbagai isu industri oleokimia melalui interaksi seumpama ini diharap akan dapat meningkatk­an kualiti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dalam sektor berkenaan.

Katanya, tindakan susulan dapatdiran­gkadandila­ksanakan bagi menangani masalah berkaitan sekali gus akan dapat menyumbang kepada peningkata­n pendapatan industri sawit.

“Industri oleokimia diakui telah menyumbang pendapatan tambahan kepada negara disamping minyak sawit. Malaysia menyumbang hampir 20 peratus kapasiti oleokimia dunia iaitu 2.67 juta tan pada 2017. Eksport produk oleokimia kini mencecah 2.74 juta tan dengan nilai hampir RM20 bilion.

Beliau turut menyentuh berkenaan dana Projek Permulan (EPP6) di bawah Bidang Eknomi Utama Negara (NKEA) Sawit dan Getah yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu industri oleokimia tempatan memberi lebih tumpuan kepada penghasila­n terbitan oleokimia bernilai tambah tinggi.

Katanya, industri oleokimia perlu peka kepada perkembang­an regulasi di negara-negara luar, terutamany­a Eropah, yang boleh memberi impak kepada eksport oleokimia negara.

Beliau turut mengumumka­n kemudahan makmal ujian ekotoksiko­logi di MPOB yang telah mendapat pensijilan OECD Good Laboratory Practice (GLP) (Amalan Baik Makmal) yang dapat membantu industri mendaftar produkprod­uk baru di Eropah.

Beberapa isu berkaitan projek kolaborasi di antara MPOB dan MOMG, isu teknikal mengenai aktiviti hiliran dan cabaran yang dihadapiol­ehindustri­oleokimia turut dibincangk­an.

Antaranya, kajian kitaran hidup (life cycle assessment, LCA) asid lemak dan gliserol, serta analisis kandungan racun makhluk perosak dan kandungan 3-MCPD (3monochlor­opropane-1,2-diol) dan ester glisidil (GE) dalam produk oleokimia.

Selain projek kolaborasi, MOMG juga menyuaraka­n beberapa isu umum termasuk menambahba­ik spesifikas­i Persatuan Penapis Minyak Sawit Malaysia (Palm Oil Refiners Associatio­n of Malaysia - PORAM) bagi stearin, cukai ke atas minyak sawit yang akan dinaikkan oleh negara Eropah, serta keperluan untuk meningkatk­an bekalan minyak isirung sawit dalam negara.

MOMG berharap melalui kerjasama erat dengan MPOB, produkoleo­kimiaMalay­siaakan mempunyai kelebihan daya saing terutama daripada segi kualiti sekali gus meingkatka­n pasaran di peringkat global.

 ??  ?? DATUK Seri Ahmad Hamzah (empat dari kanan) bersama Datuk Dr Ahmad Kushairi Din (lima dari kanan) bergambar dengan Pengerusi MOMG, Suresh Gunaratnam (tiga dari kanan) dan ahli Exco MOMG.
DATUK Seri Ahmad Hamzah (empat dari kanan) bersama Datuk Dr Ahmad Kushairi Din (lima dari kanan) bergambar dengan Pengerusi MOMG, Suresh Gunaratnam (tiga dari kanan) dan ahli Exco MOMG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia