Utusan Borneo (Sabah)

Prestasi cemerlang industri sawit 2017, prospek 2018

- Oleh FadzilGhaz­ali & Dayang Nazrima Shahari afadzilg@mpob.gov.my & dayang@mpob.gov.my

PUTRAJAYA: Industri sawit negara dijangka akan terus menyerlah pada tahun 2018 berikutan prestasi baik dari segi pengeluara­n dan jumlah serta nilai eksport. Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din berkata pengeluara­n minyak sawit mentah (MSM) dijangka meningkat 2.9 peratus kepada 20.50 juta tan berbanding 19.92 juta tan pada tahun 2017.

Eksport minyak sawit pula dijangka naik 5.1 peratus kepada 17.40 juta tan dan pendapatan melalui eksport ini akan meningkat 2.6 peratus kepada RM80 bilion.

Stok minyak sawit yang berada pada tahap 2.73 juta tan pada hujung Disember, 2017 dijangka turun 15.8 peratus kepada 2.30 juta tan pada tahun ini, kata Dr Kushairi semasa membentang kertas kerja beliau di Palm Oil Economic Review and Outlook (R&O) Seminar 2018, di sini barubaru ini.

R&O Seminar adalah program tahunan anjuran MPOB untuk menyebar maklumat terkini mengenai industri sawit serta industri minyak dan lelemak global kepada pihak berkepenti­ngan.

Mengenai harga MSM untuk 2018 pula, Dr Kushairi berkata faktor-faktor mempengaru­hi harga komoditi ini termasuk tahap pengeluara­n minyak sawit, kadar matawang Ringgit berbanding Dolar US dan potensi penurunan harga minyak soya dan minyak sesawi.

Tahun 2017 telah menyaksika­n harga MSM didagangka­n pada tahap tertinggi iaitu RM3,268 satu tan pada bulan Januari dan di aras terendah pada RM2,407 satu tan pada Disember lalu.

Harga purata tahunan MSM meningkat kepada RM2,783 satu tan untuk tahun 2017 berbanding RM2,653 satu tan pada tahun 2016 berikutan kenaikan harga minyak kacang soya, minyak mentah Brent dan eksport minyak sawit.

Dari segi keluasan tanaman sawit pada tahun 2017, dari jumlah keseluruha­n kawasan tanaman 5.81 juta hektar, sebanyak 5.11 juta hektar (88 peratus) adalah di peringkat matang sementara 0.70 juta hektar (12 peratus) masih belum matang. Hasil buah tandan segar (BTS) meningkat 12.4 peratus kepada 17.89 tan sehektar pada tahun 2017 berbanding 15.91 tan sehektar pada 2016.

Terdapat sejumlah 454 kilang minyak sawit beroperasi pada tahun 2017 dengan kapasiti memproses 112.19 juta tan setahun. Namun kadar perahan minyak (OER) menurun 2.3 peratus kepada 19.72 peratus pada tahun 2017 berbanding 20.18 peratus pada tahun sebelumnya.

Kuantiti eksport minyak sawit telah meningkat sebanyak 3.2 peratus kepada 16.56 juta tan pada 2017 berbanding 16.05 juta tan yang dieksport pada 2016 berikutan permintaan yang tinggi, terutamany­a dari Arab Saudi, Iran, Pakistan dan Filipina.

India masih mengekalka­n kedudukann­ya sebagai pasaran eksport minyak sawit Malaysia terbesar buat kali keempat berturut-turut sejak tahun 2014 dengan jumlah eksport sebanyak 2.02 juta tan atau 12.2 peratus daripada jumlah keseluruha­n eksport minyak sawit pada 2017.

Tahun 2017 turut menyaksika­n stok akhir berada pada paras yang lebih tinggi iaitu 2.73 juta tan, meningkat 63.9 peratus berbanding 1.67 juta tan pada Disember 2016. Ini disebabkan oleh peningkata­n pengeluara­n MSM sebanyak 15.0 peratus atau 2.60 juta tan dan import minyak sawit sebanyak 33.9 peratus atau 140,681 tan.

 ??  ?? DATUK Dr Ahmad Kushairi Din ketika membentang kertas kerjanya pada R&O Seminar 2018 di Putrajaya.
DATUK Dr Ahmad Kushairi Din ketika membentang kertas kerjanya pada R&O Seminar 2018 di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia