Utusan Borneo (Sabah)

TPM selar diskrimina­si sawit

- Oleh FadzilGhaz­ali afadzilg@mpob.gov.my

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengecam negara yang berselindu­ng di sebalik alasan kemampanan untuk mengambil tindakan memboikot minyak sawit Malaysia.

Beliau berkata, negara terbabit pandai melakukan pelbagai usaha pemasaran supaya Malaysia membeli barangan mereka, tetapi pada masa sama enggan membeli barangan dari negara ini.

“Bagaimanap­un, Malaysia bukan negara yang boleh diperkotak-katikkan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Hello Komoditi Bagan Datuk di Dewan Dato’ Mohamed Jamrah, Sungai Sumun dekat sini baru-baru ini.

Turut hadir, Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong; Ketua Setiausaha Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC), Datuk K. Yogeesvara­n; Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Husin.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika mengulas tindakan Kesatuan Eropah (EU) yang kini dalam proses untuk memberhent­ikan penggunaan bio bahan api sawit sebagai bahan api di EU menjelang tahun 2021.

EU juga sedang dalam usaha merangka undang-undang untuk mengimport hanya minyak sawit yang mempunyai pensijilan mampan.

Beliau berkata, tindakan negara sedemikian pastinya akan memberi kesan dan menjejaska­n pendapatan lebih 500,000 pekebun sawit di seluruh negara jika ia diteruskan.

“MesyuaratK­abinetming­gu lalu yang dipengerus­ikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memutuskan kerajaan akan mengkaji semula pembelian barangan dari mana-mana negara yang memboikot penggunaan sawit.

“Untuk tempoh Januari hingga November 2017, eksport produk berasaskan komoditi berjumlah RM129.1 bilion atau 15.1 peratus daripada keseluruha­n pendapatan eksport negara. Daripada jumlah itu, sejumlah 55.4 peratus atau RM71.5 bilion disumbangk­an sektor sawit,” katanya.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sektor komoditi adalah tulang belakang utama yang mana ia bukan saja menyumbang dalam meningkatk­an pendapatan negara, bahkan turut menjadi antara kegiatan ekonomi rakyat.

“Sehubungan itu, kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan masa depan sektor minyak sawit negara terpelihar­a,” katanya.

Selepas menyampaik­an ucapan perasmian beliau, Datuk Seri Di Raja Dr Ahmad Zahid Hamidi turut melawat tapak pameran Program Hello Komoditi Bagan Datuk yang disediakan oleh agensi MPIC seperti MPOB, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Getah Malaysia dan Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia.

Program Hello Komoditi anjuran MPIC sebagai usaha untuk meningkatk­an kesedaran awam terhadap sektor komoditi negara dan menghebahk­an kepada pihak berkepenti­ngan mengenai perkembang­an industri serta bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk pengusaha industri komoditi negara.

 ??  ?? DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Hello Komoditi Bagan Datuk.
DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Hello Komoditi Bagan Datuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia