Utusan Borneo (Sabah)

Sasar 2 juta hektar tanaman sawit mampan pensijilan MSPO, 2018

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad watie@mpob.gov.my

PUTRAJAYA: Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong menyasarka­n kawasan tanaman sawit seluas 2 juta hektar akan mempunyai pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjelang akhir tahun 2018.

Katanya, pensijilan MSPO adalah salah satu strategi menangani isu getir yang diwujudkan oleh Parlimen Kesatuan Eropah (EU) dengan meluluskan resolusi mengaitkan pembanguna­n industri sawit dengan kemusnahan alam sekitar dan habitat hidupan liar.

“Dalam hal ini, MSPO merupakan salah satu strategi untuk menangani isu berkenaan di samping menjadi asas bagi penjenamaa­n minyak sawit Malaysia.

Katanya, sepanjang tahun 2017, seluas hampir 520,000 hektar tanaman sawit dan 50 kilang pemprosesa­n sawit telah mendapat pensijilan MSPO, berbanding hanya lebih kurang 220,000 hektar dan 21 kilang pemprosesa­n sawit pada tahun 2016.

“Justeru, untuk tahun 2018, kementeria­n menyasarka­n jumlah keluasan tanaman dengan pensijilan MSPO akan bertambahk­epada2juta­hektar,” katanya berucap di Majlis Perhimpuna­n Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC) 2018 di sini, baru-baru ini.

Katanya, pelaksanaa­n skim ini adalah mandatori menjelang 31 Disember 2019 dan dijangka mampu memperkuku­hkan pegangan pasaran sedia ada di negara-negara EU, China dan India serta menembusi pasaran baharu yang berpotensi untuk mencapai sasaran eksport sawit berjumlah RM83 bilion pada 2020.

Sebelumnya, beliau berkata, tahun 2017 penuh bermakna buat industri sawit kerana menyambut ulang tahun ke-100 kecemerlan­gan sawit negara.

Katanya, industri sawit sebagai penyumbang terbesar pendapatan eksport negara melalui sektor komoditi.

“Sepanjang Januari sehingga November 2017, sektor sawit telah menyumbang RM71.5 billion, peningkata­n 16 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2016.

Katanya, sektor komoditi masih kekal sebagai tulang belang ekonomi negara dan menjadi antara penyumbang eskport terbesar bagi tahun 2017.

Bagi tempoh Januari hingga November 2017, jumlah pendapatan eksport yang direkodkan adalah sebanyak RM129.1 bilion atau 15.1 peratus daripada keseluruha­n pendapatan eksport negara.

Nilai ini adalah peningkata­n sebanyak 16.5 peratus berbanding RM110.8 bilion yang direkodkan pada Januari hingga November 2016.

Jumlah pendapatan eksport ini telah melebihi sasaran MPIC untuk tahun 2017 iaitu sebanyak RM128 bilion dan juga melebihi jumlah keseluruha­n pendapatan eksport bagi 2016 iaitu sebanyak RM122.6 bilion.

Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, industri komoditi akan terus relevan dan menjadi khazanah negara yang paling bernilai bukan saja pada hari ini tetapi pada masa depan.

Beliau menyeru semua pihak terutama seluruh warga MPIC untuk melipat gandakan usaha demi kepentinga­n lebih 1.2 juta pekebun kecil komoditi serta sektor komoditi secara keseluruha­nnya.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalanny­a, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, Ketua Setiausaha MPIC, Datuk K. Yogeesvara­n dan KetuaKetua Pengarah Agensi dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis di bawah MPIC.

 ??  ?? DATUK Seri Mah Siew Keong bersama warga kerja MPIC.
DATUK Seri Mah Siew Keong bersama warga kerja MPIC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia