Utusan Borneo (Sabah)

Pekebun kecil raih manfaat koperasi sawit

- Oleh Muhammad Asyraf Hussin & Noor Asmawati Abdul samad asyrafhuss­in@mpob.gov.my & watie@mpob.gov.my

TUNGKU: Pekebun kecil sawit sekitar daerah ini meraih manfaat hasil penubuhan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) Daerah Tungku Berhad sejak tahun 2014.

KPSM berkenaan yang memulakan operasi jualan buah tandan segar (BTS) sejak akhir tahun 2015 kini disertai oleh lebih 100 pekebun kecil sekitar daerah ini.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur ketika berucap merasmikan Pusat Timbang KPSM Daerah Tungku Berhad, berkata penubuhan KPSM adalah langkah strategik bagi menjamin penglibata­n pekebun kecil sawit dalam model ekonomi baharu.

“Penglibata­n pekebun kecil dalam aktiviti koperasi dan industri kecil dan sederhana dijangka akan memperkuku­hkan sumber pendapatan.

Katanya, KPSM yang telah menjalanka­n urus niaga BTS berkelompo­k dan pembelian input secara pukal memberi kesan langsung dalam peningkata­n pendapatan ahli koperasi.

“Kerajaan menyediaka­n peruntukan sebanyak RM1.12 juta untuk disalurkan kepada pekebun kecil bagi penubuhan koperasi. Di bawah Rancangan Malaysia ke-11, kerajaan juga memperuntu­kkan dana sebanyak RM200,000 yang disalur melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pembinaan pusat timbang BTS yang dikendali oleh KPSM.

Sehingga akhir tahun 2017, sebanyak 43 buah KPSM telah ditubuhkan­diseluruhM­alaysia iaitu 17 di Semenanjun­g, 11 di Sabah dan 15 di Sarawak.

Daripadaju­mlahterseb­ut,25 KPSM di seluruh negara telah memulakan jualan kelompok buah tandan segar secara terus ke kilang dengan jumlah BTS sebanyak 102,612 tan.

“KPSM yang menjalanka­n jualan terus ke kilang memberi peningkata­n pendapatan kepada pekebun kecil sebanyak 15 peratus lebih tinggi berbanding jualan kepada peraih.

Pada majlis itu, Datu Nasrun turut menyampaik­an bantuan tanam baru sawit dan bantuan integrasi ternakan kepada pekebun kecil.

Yang turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidik­an dan Pembanguna­n) MPOB, Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir dan Pengerusi KPSM Tungku Berhad, Datuk Mohd Basari Abdul Gapar.

 ??  ?? DATUK Datu Nasrun Datu Mansur menyampaik­an kupon bantuan integrasi ternakan kepada pekebun kecil sawit.
DATUK Datu Nasrun Datu Mansur menyampaik­an kupon bantuan integrasi ternakan kepada pekebun kecil sawit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia