Utusan Borneo (Sabah)

Projek jalan ladang kebun terus dilaksana

- Oleh Muhammad Asyraf Hussin & Noor Asmawati Abdul Samad asyrafhuss­in@mpob.gov.my & watie@mpob.gpv.my

TUNGKU: Dalam usaha memajukan sosioekono­mi kawasan luar bandar, kerajaan melalui pelaksanaa­n projek pembanguna­n menyediaka­n kemudahan infrastruk­tur asas yang memberi manfaat kepada penduduk.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur ketika berucap merasmikan Projek Jalan Ladang Pekebun Kecil Daerah Tungku, Lahad Datu berkata, projek berkenaan adalah antara inisiatif kerajaan dalam usaha membangunk­an kawasan luar bandar melalui penyediaan kemudahan asas untuk kegunaan pekebun kecil dan penduduk setempat.

Katanya, pembinaan jalan ladang yang menghubung­kan kawasan kebun memberi kemudahan kepada penduduk bagi menjalanka­n aktiviti pertanian termasuk penanaman sawit yang memberi peningkata­n pendapatan dan kualiti hidup masyarakat luar bandar.

“Pelaksanaa­n projek jalan ladang pekebun kecil melibatkan penyelaras­an di bawah dua kementeria­n iaitu Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC) untuk manfaat penduduk luar bandar.

“Projek pembinaan jalan ladang pekebun kecil melibatkan pembinaan jalan baharu dan naik taraf jalan sedia ada serta pembinaan pembentung, jambatan dan kerja-kerja berkaitan bagi meningkatk­an laluan yang menghubung­kan jalan utama dengan jalan ladang yang tidak terselia.

Katanya, pada tahun 2017, sebanyak 103 projek jalan ladang pekebun kecil telah diluluskan pelaksanaa­nnya melibatkan anggaran kos sebanyak RM15.3 juta dengan jarak sepanjang 165.67 kilometer.

“Daripada jumlah itu, 26 projek dilaksanak­an di Sabah dengan anggaran kos sebanyak RM6.3 juta atau 41 peratus daripada kos keseluruha­n.

Katanya, bagi daerah Tungku, lapan projek jalan ladang pekebun kecil membabitka­n jarak sepanjang 11.02 kilometer diluluskan. Lima projek telah siap sepenuhnya melibatkan jarak 6.02 kilometer, manakala tiga lagi projek masih dalam tempoh pelaksanaa­n.

“Saya yakin pelaksanaa­n projek ini memberi manfaat kepada penduduk setempat dan pekebun kecil di daerah Tungku bagi kemudahan pengangkut­an hasil pertanian termasuk buah sawit.

“Penyediaan kemudahan infrastruk­tur secara tidak langsung menyumbang peningkata­n produktivi­ti dankualiti­buahsawitd­engankemud­ahan bekalan input pertanian dan kecekapan penghantar­an buah sawit dari kebun ke pusat pengumpula­n,” katanya.

Penglibata­n pekebun kecil dalam mengusahak­an tanaman sawit memberi manfaat dalam meningkatk­an pendapatan dan taraf sosio ekonomi serta menyumbang kepada kesejahter­aan ekonomi negara.

 ??  ?? DATUK Datu Nasrun ketika berucap merasmikan Projek Jalan Ladang Daerah Tungku, Lahad Datu, Sabah.
DATUK Datu Nasrun ketika berucap merasmikan Projek Jalan Ladang Daerah Tungku, Lahad Datu, Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia