Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan 25 juta tan batu untuk lebuh raya Pan Borneo

Untuk pembinaan lebuh raya Pan Borneo

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Bekalan batu berkualiti untuk pembinaan lebuh raya Pan Borneo Fasa satu dijangka mencukupi dengan meterainya satu Memorandum Persefaham­an (MoU) di antara Borneo Highway PDP (BHP) Sdn Bhd dengan Sabah Quarry Owners Associatio­n (SQOA).

Ketua Pegawai Eksekutif BHP Sdn Bhd Ir Shahelmey Yahya berkata, projek lebuh raya yang melibatkan jarak 706 kilometer itu memerlukan bekalan batu sebanyak 25 juta tan.

“Fasa satu ini dijangka siap pada 2021 yang mana kini projek itu secara keseluruha­n berada dalam landasan mencapai tempoh ditetapkan.

“Dengan keupayaan SQOA yang mampu mengeluark­an sejumlah batu sebanyak 18 juta tan setahun, saya nampak kita tidak akan berhadapan masalah bekalan itu,” katanya dalam sidang media selepas Majlis MoU, di sini pada Jumaat.

Beliau juga yakin bahawa keseluruha­n 35 pakej projek Pan Borneo itu akan berjaya dianugerah­kan kepada pemaju-pemaju yang layak menjelang Jun 2018.

“Kini terdapat lima pakej sedang dilaksanak­an iaitu di Tawau, Lahad Datu, Sindumin, Sandakan kilometer 32 dan Papar.

“Pakej untuk pembinaan di Papar dan Inanam sudah diserahkan baru-baru ini dan baki pakej itu akan dianugerah­kan kepada pemaju yang layak menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden SQOA Datuk Wong Chen Khiong berkata, persatuan itu mempunyai seramai 25 ahli dengan lebih 40 kuari batu di seluruh Sabah.

“Keupayaan pengeluara­n bekalan batu untuk pembinaan lebuh raya ini tidak menjadi masalah,” katanya.

Wong turut memberi jaminan bahawa bekalan batu yang disediakan itu adalah berkualiti dan sesuai dengan standard lebuh raya Pan Borneo.

 ??  ?? SHAHELMEY (dua kanan) bertukar dokumen MoU dengan Wong ketika di majlis itu.
SHAHELMEY (dua kanan) bertukar dokumen MoU dengan Wong ketika di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia