Utusan Borneo (Sabah)

Jennifer Lawrence kecam pengkritik gaunnya

-

AKTRES Hollywood Jennifer Lawrence pada Rabu lepas mengecam kontrovers­i berhubung satu gambar dirinya yang memakai gaun hitam labuh di luar pada hari yang sejuk di London sebagai seksis, mengarut dan “bukan feminisme”.

Bintang berusia

27 tahun yang memenangi anugerah Oscar itu berkata dalam satu tulisan Facebook bahawa dia juga “amat tersinggun­g” dengan apa yang dia sebut sebagai reaksi “mengarut sama sekali” dalam media aliran utama dan sosial kepada gambar itu, yang diambil sebagai sebahagian daripada promosi untuk filemnya yang akan datang ‘Red Sparrow’. Gambar itu, yang diambil di luar pada hari musim salji yang begitu sejuk di London pada awal minggu ini, menunjukka­n Lawrence memakai gaun hitam yang mendedahka­n bahu, manakala pelakon Jeremy Irons dan tiga pelakon lain memakai kot bulu biri-biri yang tebal.

Ramai pengulas menganggap gambar itu sebagai mencermink­an tekanan ke atas wanita di Hollywood untuk kelihatan bagus, khususnya selepas Lawrence sebelum ini dengan lantang mengkritik jurang bayaran antara jantina dalam industri perfileman.

“Kesamarata­an sebenar bermakna sama ada Jennifer Lawrence mendapatka­n kot, atau Jeremy Irons terpaksa berposing dalam sesi bergambar dalam kesejukan,” tweet wartawan dari London,

Helen Lewis. Wartawan dari Australia, Stephanie Peatling, menyebut dalam Twitter bahawa ia “cukup sejuk sehinggaka­n pelakon lelaki terpaksa memakai kot dan skarf ke sidang akhbar mereka tetapi Jennifer Lawrence yang kasihan memakai sejumlah kecil fabrik yang mungkin segelintir orang panggil gaun.” Lawrence, salah seorang aktres paling dicari-cari di Hollywood, enggan menerimany­a. “Gaun Versace itu hebat sekali, anda fikir saya akan menutup gaun cantik itu dengan kot dan skarf? Saya berada di luar selama lima minit. Saya pasti akan berdiri dalam salji untuk gaun itu kerana saya amat menyukai fesyen dan itu adalah pilihan saya,” dia menulis dalam Facebook.

“Ini adalah seksis, ini adalah mengarut, dan ini bukan feminisme,” ujarnya. “Ia mewujudkan gangguan bodoh daripada isu-isu sebenar. Kawal dirilah.”

‘Red Sparrow’, sebuah filem aksi di mana Lawrence membawa watak seorang perisik Rusia, dibuka di seluruh dunia pada minggu depan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia