Utusan Borneo (Sabah)

3.6 juta peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmat­an

-

KOTA BELUD: Kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) telah berjaya membuka banyak peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmat­an yang menyediaka­n peluang pekerjaan kepada jutaan rakyat di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Sektor perkhidmat­an kini menyumbang sebanyak 54.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dengan jumlah nilai sebanyak RM1.5 trilion pada 2017.

“Sektor ini menyediaka­n 3.6 juta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang kebanyakan­nya terdiri daripada pekerjaan berpendapa­tan tinggi dalam industri-industri antaranya eDagang, sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi( ICT) dan penjagaan kesihatan,” katanya.

Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Usukan di sini pada Jumaat.

Menurut Salleh keupayaan kerajaan membuka jutaan peluang pekerjaan adalah hasil daripada dasar dan perancanga­n teliti yang mengambil kira perkembang­an dunia semasa serta wujudnya suasana aman damai di negara ini.

Menurut Salleh dengan adanya suasana aman yang memerlukan kebijaksan­aan dan kesungguha­n untuk mengekalka­nnya, banyak lagi perkara boleh dirancang dan dilakukan kerajaan bagi kebaikan seluruh lapisan rakyat.

“Sebab itu, kerajaan mengambil kira perubahan peluang-peluang pekerjaan semasa. Kalau kita tidak ambil kira, nanti pendekatan kita silap. Kalau dulu, kita mahu anak-anak kita bekerja sebagai pegawai daerah, pegawai eksektif, kerani dan sebagainya, tetapi masa hadapan peluang pekerjaan bukan di situ.

“Peluang pekerjaan akan kita peroleh dalam sektor perkhidmat­an seperti pelanconga­n. Sebab itu, kita di Sabah ini, termasuk Kota Belud, memberi tumpuan kepada sektor pelanconga­n,” katanya. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? SALLEH bersalaman dengan ibu bapa pelajar ketika hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan Usukan pada Jumaat.
GambarBern­ama SALLEH bersalaman dengan ibu bapa pelajar ketika hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan Usukan pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia