Utusan Borneo (Sabah)

MUSNAH TERBAKAR

Babitkan dua bangunan kayu SK Sentosa

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Dua bangunan projek kilat sekolah di Batu 4 Jalan Apas, di sini musnah dalam kebakaran pada Jumaat, mujur tidak ada kes kecederaan dan kehilangan nyawa.

Kebakaran di dua premis kayu milik SK Batu 4 tetapi diduduki sementara oleh SK Sentosa itu disedari seorang kakitangan sekolah kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Saksi, Pembantu Tadbir SK Sentosa, Rosdiana Malla, berkata kejadian itu berlaku ketika waktu rehat sekolah serta semasa beliau sedang berehat di dewan mini sekolah.

“Kira-kira jam 12.15 tengah hari, seorang pelajar sekolah menengah yang menghantar adiknya ke sekolah datang mengejutka­n saya dan memberitah­u ada kebakaran berlaku.

“Saya menjadi panik serta amat terkejut selepas mendengar khabar itu sebelum terus keluar dari mini dewan dan mendapati api sudah marak,” katanya ketika ditemui.

Rosdiana berkata selepas itu beliau terus berlari keluar menuju ke bangunan SK Batu 4, dan terserempa­k dengan seorang bapa murid yang menghantar anaknya ke sekolah.

Beliau kemudian meminta bapa murid berkenaan supaya memberitah­u bomba untuk mendapatka­n bantuan, sementara wanita itu pula menghubung­i Guru Besar SK Sentosa.

“Biasanya saya bertiga berada di sekolah sehingga habis waktu pejabat, namun hari ini (Jumaat) tinggal saya seorang kerana rakanrakan saya keluar berehat,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.28 tengah hari sebelum tiba selang 12 minit kemudian.

“Kita tiba dengan kekuatan empat jentera dan sembilan anggota, namun kita mendapati kebakaran sudahpun marak sehingga kira-kira 95 peratus di keduadua bangunan.

“Kebakaran melibatkan bangunan kelas dan pusat pentadbira­n sekolah, menyebabka­n kita lebih memfokuska­n usaha untuk menyelamat­kan sebuah bangunan yang berhampira­n.

“Kebakaran merebak pantas kerana struktur bangunan kayu namun kita berhasil menghalang api merebak ke bangunan berhampira­n (bangunan projek kilat),” katanya.

Sharudy berkata, kebakaran berlaku semasa sesi persekolah­an di SK Sentosa sudah tamat dan buat masa ini punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihaknya.

Untuk rekod, foto-foto kejadian terbabit yang berlaku semasa umat Islam bersiap untuk menunaikan Solat Jumaat turut ditularkan oleh netizen menerusi media sosial.

 ??  ?? ROSDIANA
ASAP tebal dapat disaksikan dari luar pagar sekolah SK Batu 4. SHARUDY MURID-MURID SK Batu 4 yang bersekolah berhampira­n dengan bangunan SK Sentosa yang terbakar turut keluar menyelamat­kan diri masing-masing.
KEBAKARAN melibatkan dua...
ROSDIANA ASAP tebal dapat disaksikan dari luar pagar sekolah SK Batu 4. SHARUDY MURID-MURID SK Batu 4 yang bersekolah berhampira­n dengan bangunan SK Sentosa yang terbakar turut keluar menyelamat­kan diri masing-masing. KEBAKARAN melibatkan dua...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia