Utusan Borneo (Sabah)

Umno bawa perubahan landskap politik, pembanguna­n Sabah

-

KOTAKINABA­LU: Umno yang secara rasminya 27 tahun bertapak di Sabah pada 21 Februari lalu (21 Februari 1991-21 Februari 2018) telah banyak membawa perubahan dalam landskap politik dan pembanguna­n di negeri ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata perubahan ini dapat dirasakan oleh rakyat di negeri ini tidak kira di bandar mahupun luar bandar, terutama dalam aspek kestabilan politik, ekonomi dan pembanguna­n insfrastru­ktur.

“Perubahan ketara ini menyebabka­n Umno sebagai tulang belakang mentadbir kerajaan baik di peringkat pusat dan negeri mendapat sokongan dari rakyat,” katanya diminta mengulas keberadaan Umno yang kini mencecah 27 tahun bertapak di Sabah.

Menurut Bung yang juga Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an, tidak ada sesiapa yang boleh menafikan perubahan di Sabah semenjak parti itu mengembang­kan sayapnya ke Sabah.

“Ini termasukla­h pembanguna­n insfrastru­ktur, pendidikan, kesihatan, kebajikan dan pelbagai lagi kemudahan yang dikecapi rakyat di negeri ini berbanding apa yang berlaku sebelum Umno bertapak di Sabah,” katanya.

Umno Sabah, walaupun dianggap paling bongsu, namun kini menjadi komponen terbesar dan merupakan elemen penting dalam parti, sekaligus menjadi faktor signifikan dalam pembentuka­n kerajaan pimpinan Umno dan BN di peringkat Persekutua­n.

“Perkara ini perlu kita pertahanka­n apalagi kini kita akan berhadapan dengan Pilihanray­a Umum Ke 14 (PRU14) yang menentukan hala tuju perjuangan kita untuk negara, negeri dan rakyat,” katanya.

Tambahnya, selepas Sabah bersama-sama membentuk Persekutua­n Malaysia, gerakan politik kepartian di negeri ini adalah berasaskan kaum masingmasi­ng dan meskipun sudah beberapa dekad berlalu sejak pembentuka­n Malaysia, keadaan politik di Sabah masih tidak stabil dengan kerajaan negeri silih berganti.

“Dan apabila Umno bertapak di Sabah, keadaan politik semakin stabil dan pembanguna­n untuk kebaikan rakyat dapat dirancang dan dilaksanak­an sebaik mungkin.

“Keadaan ini perlu kita kekalkan, dan rakyat usah terpengaru­h lagi dengan slogan ‘Ubah Sabah’ yang dilaungkan oleh parti pembangkan­g, ini kerana perubahan yang sebenarnya telah pun dilakukan oleh Umno sebagai tulang belakang kerajaan BN,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Jamawi Jaafar berkata, kemasukan Umno ke Sabah memberi nafas baharu kepada rakyat khususnya golongan muda di negeri ini.

Katanya, dalam menjayakan Transforma­si Nasional (TN50) suara generasi muda di negeri ini juga didengar melalui aspirasi golongan ini untuk sama-sama terlibat dalam memacu proses pembangaun­an yang lebih seimbang.

Menurut beliau, semenjak kemasukan Umno ke Sabah, golongan muda tidak pernah dipinggir.

“Mereka juga berpeluang menikmati kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno termasukla­h dalam sektor pendidikan, latihan, kemahiran, ekonomi dan keusahawan­an melalui pelbagai program dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

“Semenjak Umno melebarkan sayapnya ke Sabah 27 tahun lepas, Umno menjadi wahana penyatuan rakyat Sabah, sebagaiman­a ia berupaya menyatukan sebahagian besar masyarakat Melayu dan diterima oleh kaum-kaum lain,” katanya.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom berkata, melalui perkongsia­n kuasa dalam Barisan Nasional wujudnya kestabilan politik di Sabah dan membuka jalan untuk pembanguna­n pesat negeri dari semua aspek.

Sehubungan itu, Jamawi berharap golongan muda tidak akan terpengaru­h dengan dakyah parti pembangkan­g yang berjuang untuk kepentinga­n rakyat Sabah yang mana perkara ini telah dilakukan oleh partiparti tempatan sebelum ini yang akhirnya menemukan kegagalan dan membawa kerugian kepada rakyat di negeri ini.

 ??  ?? BUNG
BUNG
 ??  ?? JAMAWI
JAMAWI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia