Utusan Borneo (Sabah)

Kemudahan aktiviti pelanconga­n di Sandakan akan dinaik taraf

-

SANDAKAN: Kemudahan untuk aktiviti pelanconga­n di daerah ini akan dinaik taraf, sejajar dengan usaha meningkatk­an kedatangan pelancong ke sini.

Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Datuk James Wong berkata antara kemudahan yang diberi tumpuan adalah jeti untuk pelancong pergi ke pulaupulau yang dijadikan produk pelanconga­n seperti Pulau Selingan dan Pulau Libaran.

Beliau berkata di darat pula, tumpuan lebih kepada menyediaka­n kemudahan tandas yang bersih untuk pelancong.

“Ini merupakan antara tindakan yang akan dilakukan bagi menyambut hasrat baik kerajaan negeri yang mahu meningkatk­an jumlah pelancong khususnya dari China berkunjung ke timur Sabah termasuk Sandakan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Pelanconga­n Daerah Sandakan di sini, Jumaat.

Turut hadir dalam mesyuarat itu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah Suhaimi Nasir dan Pengerusi Persatuan Pelanconga­n Sandakan Johnny Lim.

James berkata untuk itu, pihaknya akan berkerjasa­ma dengan sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri, Sabah Green Developmen­t serta membantu MPS meningkatk­an tahap kebersihan di perairan di daerah ini.

Katanya ini juga tindakan yang diambil hasil maklum balas diterima daripada pelancong Taiwan yang datang ke daerah ini menerusi penerbanga­n terus sewa khas dari negara itu pada 16 Feb lepas.

Beliau berkata mereka memberikan maklum balas mengenai banyak sampah yang terdapat di kawasan perairan khususnya berhampira­n bandar Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia