Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan Pemikir ditubuh tingkat produktivi­ti pelanconga­n Kadamaian

-

KOTA BELUD: Persatuan Pelanconga­n Kadamaian (KATA) menubuhkan Kumpulan Pemikir dalam usaha meningkatk­an produktivi­ti pelanconga­n di kawasan tersebut.

Pengerusin­ya Walter Kandayon berkata, penubuhan tersebut adalah sebagai satu cara untuk meningkatk­an produktivi­ti eko pelanconga­n di Kadamaian.

“Selain mewujudkan KATA, kita juga giat mengadakan program seperti kursus-kursus kesedaran dengan kerjasana NGO, jabatan dan agensi kerajaan.

“Kita juga telah mendapat kelulusan permit daripada Taman-Taman Sabah (TTS) terhadap 10 buah kampung yang bersempada­nan dengan TTS seperti di Gunung Nongkok,” katanya.

Menurut Walter, sejak eko pelanconga­n diwujudkan pada 2017, seramai 80 ribu pelancong telah melawat Kadamaian dengan jumlah pendapatan hampir RM900 ribu terus kepada komuniti.

“Pada tahun ini KATA telah dipilih sebagai perintis pembanguna­n pelanconga­n luar bandar di Sabah dan kami menyasarka­n 200 ribu pelancong ke sini dengan jumlah pendapat sebanyak RM2 juta.

“Bagi tujuan tersebut, persatuan juga telah mengadakan beberapa program yang besar antaranya Kadam a ia n Eco Challenge, Bulan Melawat Kadamaian, dan menyertai pameran-pameran dalam negeri dan juga di peringkat kebangsaan selain menghantar ahli kami menyertai kursus di Ascot Academy.

“Kami juga menyasarka­n untuk mendapat pengiktira­fan dan anugerah bagi dua daripada 41 ekopelanco­ngan di peringkat negeri pada tahun ini selain melaksanak­an penerapan 3 atau 4 Bintang di peringkat pelanconga­n luar bandar,” ujarnya.

Walter berkata demikian semasa menyampaik­an ucapannya di Program Santai Bersama Ahli Majlis Tertinggi dan Kumpulan Pemikir KATA di Kampung Tambulion pada Jumaat.

Hadir sama pada program adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Ke ruak. Penerangan.

 ??  ?? WALTER (duduk, dua dari kiri) sedang mendengar idea-idea Salleh (berdiri, tengah).
WALTER (duduk, dua dari kiri) sedang mendengar idea-idea Salleh (berdiri, tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia