Utusan Borneo (Sabah)

650 penduduk dapat manfaat

Projek telaga tiub di Kampung Timbang Dayang

-

KOTA BELUD: Lebih 650 penduduk Kampung Timbang Dayang di sini gembira kerana menerima manfaat daripada pembinaan telaga tiub di kampung itu yang bernilai RM90,000.

Projek telaga tiub yang dilaksanak­an oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) di bawah projek Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) itu siap pada Ogos 2017.

Perasmian telaga tiup yang mampu menjana sehingga 120,000 liter sehari itu disempurna­kan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Jumaat.

“Melalui projek ini, telaga tiub dan sistem telaga dibina untuk kegunaan orang ramai dan pada masa sekarang JMG Sabah sedang menjalanka­n Projek Penilaian Rizab Air Tanah di Kawasan Lembangan Tempasuk-Kedamaian, Kota Belud.

“Hasil penilaian ini diharap boleh digunakan untuk pembanguna­n sumber air tanah sebagai bekalan air untuk kegunaan rakyat dalam kawasan ini dan juga untuk kegunaan aktiviti pertanian,” katanya ketika merasmikan projek itu.

Salleh berkata beliau akan berusaha mencari dana sebanyak RM80,000 untuk menampung kos kemudahan penyaluran air dari telaga tiub itu ke rumah-rumah penduduk.

Turut hadir Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Sabah, Mohd Yusof Ramli dan Pengarah Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) SabahDatuk Japlin Akim.

Seorang penduduk, Sunardi Leen,37, yang gembira dengan projek berkenaan berkata telaga tiub itu membekalka­n mereka dengan air lebih bermutu berbanding sumber air sedia ada sebelum ini.

“Telaga tiup ini digali sedalam kira-kira 100 kaki berbanding telaga tiub buatan kami sendiri yang sedalam 20 kaki. Sumber air dari telaga tiub buatan kami sendiri selama ini menyebabka­n kain (warna putih) yang dibasuh berubah warna menjadi kuning,” katanya.

Abdul Mumin Badri,43, pula berharap bekalan air dari telaga tiub baharu berkenaan dapat sampai ke rumahnya secepat mungkin.

“Sumber air telaga tiub ini lebih jernih berbanding sumber air telaga tiub buatan kami sendiri. Saya memang gembira,” katanya. - Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? SALLEH (kanan) merasmikan telaga tiub yang siap dibina bagi kemudahan bekalan air bersih penduduk Kampung Timbang Dayan, Jumaat. -
Gambar BERNAMA SALLEH (kanan) merasmikan telaga tiub yang siap dibina bagi kemudahan bekalan air bersih penduduk Kampung Timbang Dayan, Jumaat. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia