Utusan Borneo (Sabah)

Timbang Dayang bakal dapat masjid baharu bernilai RM1.5 juta

-

KOTA BELUD: Kampung Timbang Dayang dekat sini bakal memperoleh sebuah masjid baharu bernilai RM1.5 juta yang mampu menampung lebih 500 jemaah pada satusatu masa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kerajaan persekutua­n sudah meluluskan peruntukan untuk membina masjid di atas tapak seluas 0.8 hektar dan akan dilaksanak­an tahun ini.

“Masjid baharu ini dipohon oleh masyarakat Kampung Timbang Dayang sudah agak lama. Kita amat berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana selepas kita mengajukan permohonan itu, beliau bersetuju memberi peruntukan untuk membina masjid Kampung Timbang Dayang ini,” katanya.

Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan berkata demikian kepada pemberita semasa membuat lawatan ke tapak masjid berkenaan di kampung itu di sini, Jumaat.

Katanya pihaknya juga merancang untuk membina kemudahan lain seperti pusat internet di kawasan masjid berkenaan agar masjid itu, selain berfungsi sebagai tempat beribadat, ia juga boleh dijadikan pusat aktiviti sosial dan ekonomi terutama di kalangan golongan muda.

“Yang penting kepada kita ialah Kampung Timbang Dayang ini yang amat strategik lokasinya, boleh dibangunka­n sebaik-baiknya dengan kerjasama pemimpin kerajaan pusat dan kerajaan negeri,” katanya.

Salleh juga berterima kasih kepada penduduk kampung berkenaan atas sokongan padu mereka sehingga rancangan membina masjid berkenaan menjadi kenyataan.

Sementara itu, Ketua Kampung, Kampung Timbang Dayang Rejin Lidin mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan dan Salleh kerana meluluskan peruntukan untuk membina masjid baharu itu.

“Masjid lama biasanya tidak mampu menampung jemaah pada hari raya atau Jumaat. Kerajaan dan kepimpinan UMNO dan BN ini memang ambil berat kepentinga­n umat Islam. Kita bersyukur dengan pemimpin negara kita yang ada di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya. - Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? SALLEH diberi taklimat mengenai pembinaan masjid baharu ketika melawat tapak pembinaan masjid tersebut di Kampung Timbang Dayang. -
Gambar BERNAMA SALLEH diberi taklimat mengenai pembinaan masjid baharu ketika melawat tapak pembinaan masjid tersebut di Kampung Timbang Dayang. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia