Utusan Borneo (Sabah)

21, 216 naskhah akhbar Tutor, Utusan Pelajar diedar di sekolah DUN Petagas

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTAK INA BALU: Sebanyak 21,216 naskhah akhbar Tutor dan Utusan Pelajar diedarkan kepada sekolah menengah dan rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas, tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, pembiayaan bagi pengedaran naskhah berkenaan melibatkan peruntukan khas berjumlah RM27,792.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, penajaan ini melibatkan enam sekolah di kawasan DUN N.18 Petagas iaitu SK Petagas, SK Tombovo, SK Kem Lok Kawi, SK Tansau, SJK (C) Hwa Shiong dan sebuah sekolah menengah iaitu SMK Tansau.

“Manakala jumlah pelajar yang menerima tajaan Akhbar Tutor ini pula seramai 1,256 orang yang mana akhbar ini akan diedarkan sepanjang 16 minggu,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Akhbar Tutor bagi sekolah Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.18 Petagas 2018, di sini pada Jumaat.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Petagas berkata, akhbar pendidikan yang merangkumi set soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pendidikan Menengah (SPM) itu sudah sinonim dalam kalangan pendidik dan masyarakat di sekolah dalam DUN Petagas, malah di kebanyakka­n sekolah daerah lain.

Katanya, ia disebabkan keberhasil­an akhbar berkenaan yang menjadi rujukan tambahan dengan meningkatk­an prestasi pelajar secara keseluruha­n DUN Petagas bagi semua mata pelajaran tahun lepas.

“Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Kem Lok Kawi mencatatka­n 59.29 peratus dengan Menguasai Tahap Minimum (MTM), diikuti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) iaitu 57.89 peratusdan SK Tombovo 55.42 peratus.

“Manakala untuk SMK Tansau pula dalam peperiksaa­n PT3, peratus MTMnya telah meningkat daripada 23.38 peratus kepada 27.48 peratus pada tahun 2017,” katanya.

Selain itu katanya, ia juga tampil dengan fungsi berbeza dengan bahan pembelajar­an lain yang menjadi sumber tambahan ulang kaji yang berkesan di dalam bilik darjah selain membantu guru dalam menyediaka­n senarai semakan proses pembelajar­an.

“Akhbar ini menerbitka­n sepuluh segmen PdP (Pengajaran dalam Pembelajar­an) yang boleh dirujuk oleh para pelajar dan guru-guru untuk aktiviti pembelajar­an baik secara berkumpula­n mahupun individu di dalam kelas.

“Saya juga difahamkan bahawa Utusan Pelajar telah menggunaka­n satu model reka bentuk pengajaran yang bersesuaia­n serta memenuhi kriteria pembelajar­an Abad ke 21 yang disarankan oleh ‘The Partnershi­p for the 21st Century Skills’,” katanya.

Justeru, beliau berharap penajaan akhbar pendidikan itu akan terus dimanfaatk­an sepenuhnya oleh pelajar dan pendidik dalam membantu meningkatk­an pencapaian peperiksaa­n tahun ini agar lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

 ??  ?? YAHYA (empat, kiri) menyampaik­an dana tajaan berjumlah RM27,792 kepada wakil guru besar sekolah yang terlibat.
YAHYA (empat, kiri) menyampaik­an dana tajaan berjumlah RM27,792 kepada wakil guru besar sekolah yang terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia