Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki warga asing kena empat tahun, denda

Atas kesalahan meragut telefon pintar

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing dikenakan penjara empat tahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan meragut telefon pintar seorang wanita.

Hakim Ainul Mohamad Shahrin menjatuhka­n hukuman itu terhadap Samit Roy, 23, selepas menukar pengakuann­ya kepada bersalah.

Tertuduh meragut telefon pintar milik Elmilda Lingkid, 24, pada 30 November tahun lalu jam 8.30 pagi, di lorong pejalan kaki belakang bangunan perpustaka­an lama, Jalan Kota Kinabalu Bypass, di sini.

Samit disabitkan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 14 tahun dan boleh didenda, atau dengan sebat.

Bagaimanap­un jika gagal membayar denda terbabit, penjara selama enam bulan dikenakan terhadap tertuduh.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian semasa pengadu dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, tiba-tiba tertuduh datang dari arah belakang.

Semasa tertuduh merampas telefon pintar milik pengadu, pergelutan berlaku antara mereka.

Dua orang awam yang mendengar teriakan meminta pertolonga­n daripada pengadu, bertindak mengejar tertuduh yang melarikan diri.

Akhirnya tertuduh berjaya ditangkap dekat dengan terminal bas, di hadapan Mahkamah Kota Kinabalu, di sini.

Tamat menjalani hukuman berkenaan, tertuduh diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imgiresen untuk tindakan selanjutny­a.

“S amit disabitkan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 14 tahun dan boleh didenda, atau dengan sebat. ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia