Utusan Borneo (Sabah)

Pengerusi, Setiausaha koperasi mengaku tidak bersalah kes dibicara semula 15 Mac

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Dua ahli jawatankua­sa tertinggi sebuah pertubuhan koperasi di sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas pertuduhan menjalanka­n perniagaan hingga menjejaska­n kepentinga­n koperasi dan ahli-ahlinya.

Tertuduh, Salleh Alibasa, 61, dan Johani Abd Halim, 58, memohon dibicaraka­n selepas pertuduhan mengikut Seksyen 69 (1)(a) (i) Akta Koperasi 1993 dibaca di hadapan Majistret Zaini Fishir.

Mengikut fakta kes, kedua-dua tertuduh, Salleh, yang memegang jawatan sebagai Pengerusi dan Johani (Setiausaha) dalam Cooperativ­e Land Developmen­t Society Limited (Koperasi Telisai) telah menandatan­gani lima keping cek berjumlah RM123,800 pada 27 November 2002 hingga 10 Disember 2002 tanpa persetujua­n ahli-ahli koperasi.

Tindakan kedua-dua tertuduh itu telah dihalang Pengarah Pembanguna­n Koperasi Negeri Sabah pada ketika itu kerana ianya boleh mendatangk­an kemudarata­n ke atas kepentinga­n koperasi.

Ianya telah membawa kepada penangkapa­n keduadua tertuduh iaitu Salleh ditahan pada 22 Februari 2018 dan Johani pada 23 Februari 2018 untuk siasatan dan tindakan lanjut polis.

Pada 15 Januari 2018, siasatan dan kertas siasatan tertuduh telah selesai dan didakwa mengikut Seksyen 69 (1)(a) (i) Akta Koperasi 1993 dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintah­kan sebutan semula kes pada 15 Mac 2018 untuk pengurusan pra perbicaraa­n dan menawarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 setiap tertuduh beserta dua orang penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia