Utusan Borneo (Sabah)

Dua beradik akhirnya terima sijil kelahiran, MyKad

-

BONGAWAN: Penantian dua beradik sejak kecil untuk memiliki sijil kelahiran dan MyKad berakhir apabila Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) cawangan Sabah berkunjung ke rumah mereka di Kampung Viging, di sini pada Rabu.

Dokumen itu diserahkan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan Datuk Mohamad Haji Alamin bersama Pengarah JPN Negeri Sabah Dato’ Ismail Ahmad kepada Suraya Abdul Ghani, 23, dan adiknya Suriani, 16, sekali gus melegakan dua beradik itu yang selama ini risau kerana tidak mempunyai kad pengenalan diri.

Lebih tersentuh hati, ibu dan bapa kepada dua beradik ini, iaitu Abdul Ghani Abdullah dan Aisah Osman apabila dokumen sijil lahir dan MyKad dihantar dan disampaika­n sendiri oleh Mohamad dan Ismail di kediaman mereka di sini.

Sementara itu, Mohamad yang juga presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS)

MOHAMAD bersama Ismail (dua kanan) menyampaik­an sijil kelahiran dan MyKad kepada Suriani.

berkata, masalah dihadapi keluarga terbabit mendapat perhatian pihaknya kira-kira setahun lalu, selepas bapa kepada dua beradik itu mengadu anaknya tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri sejak lahir.

“Ini adalah kes pertama berjaya diselesaik­an. Kita berterima kasih kepada JPN khususnya kepada Dato’ Ismail Ahmad selaku Pengarah JPN Sabah atas komitmen, kerjasama serta sokongan yang diberikan selama ini. Alhamdulil­lah, hasrat dua beradik ini akhirnya tercapai.

Turut hadir, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Bongawan Mohd Saidin Ibrahim.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia