Utusan Borneo (Sabah)

245 mangsa banjir DUN Sulaman terima bantuan

-

TUARAN: Seramai 245 mangsa banjir dari kawasan DUN Sulaman telah menerima bantuan sebanyak RM500 setiap keluarga daripada kerajaan BN pada Jumaat.

Majlis penyampaia­n Bantuan Bencana Negara Negeri Sabah Daerah Tuaran yang diadakan di Dewan Persidanga­n Majlis Daerah Tuaran (MDT) itu telah dirasmikan oleh Adun Sulaman Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.

Peruntukan itu adalah ehsan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang disalurkan melalui Angkatan Pertahana Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah.

Kedua-dua NADMA dan APM adalah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Mewakili APM di majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah APM Sabah Lt. Kol (PA) Mohd Izaimi Md. Daud.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Adun Kiulu Datuk Joniston Bangkuai.

Bercakap kepada pemberita selepas penyampaia­n itu Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menasihatk­an keluarga keluarga yang tinggal di tebing sungai atau kawasan banjir supaya mencari jalan untuk meringanka­n masalah mereka.

“Di pihak kerajaan, kami akan juga berikhtiar seberapa yang boleh seperti membersihk­an parit atau longkang yang sumbat dan memperbesa­rkan parit di mana yang boleh,” tambahnya.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Tuaran Mohd Sofian Alfian Nair dan Pegawai Eksekutif MDT Sadan Hj Hussain.

 ??  ?? DARI kanan, Sadan, Joniston, Hajiji, Tangau, Izaimi dan Sofian bergambar dengan para penerima bantuan.
DARI kanan, Sadan, Joniston, Hajiji, Tangau, Izaimi dan Sofian bergambar dengan para penerima bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia