Utusan Borneo (Sabah)

Kontraktor kecil diberi perhatian

Program PIA dan PIAS bukti keazaman k’jaan jaga rakyat

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Pelaksanaa­n projek Penyelengg­araan Infrastruk­tur Awam (PIA) dan Projek Infrastruk­tur Asas (PIAS) bukti keazaman dan keprihatin­an kerajaan menjaga kesejahter­aan rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury.

Beliau berkata, projek PIA dan PIAS bertujuan menyediaka­n kemudahan infrastruk­tur awam dan asas terutama sekali di kawasan luar bandar.

“Program PIA dan PIAS merupakan keazaman kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memantapka­n pembanguna­n ekonomi secara inklusif setelah menyelami kehendak rakyat di akarumbi agar segala permasalah rakyat dapat diatasi dengan pantas dan berkesan.

“Selain itu, program PIA dan PIAS menepis tanggapan dan tohmahan bahawa kerajaan hanya menumpukan projek berskala besar sahaja tanpa memperduli­kan para kontraktor kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Program Proses Pengundian Berkompuer Projek PIA dan PIAS daerah Kuala Penyu, di sini pada Khamis.

Limus berkata, melalui Bajet 2018 yang dibentang oleh Perdana Menteri tahun lalu, negeri Sabah khususnya di luar bandar mendapat peruntukan besar untuk program PIA dan PIAS.

Katanya, program pengundian berkompute­r yang dijalankan itu adalah langkah bijak kerajaan dalam mempercepa­tkan proses agihan projek kepada kontraktor bumiputera secara adil dan saksama tanpa melalui proses sebut harga yang mengambil masa lama.

Sehubungan itu, beliau berharap kontraktor yang berjaya mendapat projek agar melaksanak­an projek dengan cepat, berkualiti dan memenuhi spesifikas­i kerja yang ditetapkan.

“Ini selaras dengan objektif program PIA dan PIAS iaitu semua projek mesti disiapkan dalam tempoh empat hingga 12 minggu agar manfaat pembanguna­n dapat dirasai oleh rakyat dengan lebih cepat,” katanya.

“Program PIA dan PIAS merupakan keazaman kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memantapka­n pembanguna­n ekonomi secara inklusif setelah menyelami kehendak rakyat di akar-umbi agar segala permasalah rakyat dapat diatasi dengan pantas dan berkesan. ” DATUK LIMUS JURY

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu

Sambil berterima kasih kepada kepada Pejabat Pembanguna­n Negeri (SDO) dan Pejabat Daerah Kuala Penyu, beliau mahu kontraktor yang berjaya supaya menjalanka­n tanggungja­wab dan kepercayaa­n diamanahka­n dengan sebaik mungkin, agar matlamat murni kerajaan membantu rakyat tercapai dengan jayanya.

Pada majlis itu, seramai 100 kontraktor hadir mendaftar, iaitu 65 dari Kuala Penyu dan 35 dari daerah kecil Menumbok. Sebanyak 29 projek dianugerah­kan, iaitu 19 di Kuala Penyu dan 10 di Menumbok.

 ??  ?? LIMUS menyempurn­akan Program Proses Pengundian Berkompuer Projek PIA dan PIAS daerah Kuala Penyu, pada Khamis.
LIMUS menyempurn­akan Program Proses Pengundian Berkompuer Projek PIA dan PIAS daerah Kuala Penyu, pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia