Utusan Borneo (Sabah)

Anifah konsisten lindungi kepentinga­n Sabah

-

KOTA KINABALU: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Haji Aman tidak mempertika­ikan status kewarganeg­araan mana-mana individu secara spesifik berhubung hak dan kepentinga­n pribumi/orang asal, kata Exco Pemuda Umno Malaysia, Datuk Armizan Mohd Ali (gambar).

Beliau berkata, tidak perlu diperjelas­kan panjang lebar, sebagai anak Sabah, kita tahu realiti yang berlaku di negeri kita termasuk ancaman luar yang kita hadapi, dan sebagai Menteri Luar, Anifah pastinya lebih arif. “Hakikatnya, memperjuan­gkan hak dan kepentinga­n Sabah itu bukan sekadar dalam konteks Sabah dalam Persekutua­n Malaysia, namun termasukla­h melindungi kedaulatan dan tampuk pemerintah­an negeri,” katanya dalam satu kemyataan pada Jumaat.

Armizan berkata, selain kepimpinan Kerajaan Negeri, Anifah antara pemimpin nasional yang konsisten dalam perjuangan hak dan kepentinga­n Sabah.

“Beliau mungkin tidak berbicara isu ini di pentas politik sebagaiman­a retorik sesetengah pemimpin, namun beliau menggunaka­n platform dan pendekatan yang lebih bersesuaia­n.

Saya melihat Anifah adalah Menteri Persekutua­n pertama masa kini yang cuba membawa semua pihak (termasuk NGO dan tokoh pembangkan­g) untuk duduk bersama bagi memurnikan hala tuju perjuangan hak dan kepentinga­n negeri khususnya berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Katanya, pelbagai siri diskusi Anifah pelopori sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju menubuhkan Jawatankua­sa Khas bagi melihat hak-hak Sabah.

Ini disusuli dengan kenyataan terbuka Najib untuk memelihara hak dan kepentinga­n Sabah yang termaktub dalam undangunda­ng dan sekiranya ada yang ‘terambil’ oleh pemimpin/ pentadbira­n yang lalu, beliau sedia mengembali­kannya.

Oleh itu, wajar atau tidak bagi saya bukanlah persoalan, tetapi itulah Anifah dan itulah perjuangan beliau; konsisten dalam melindungi kepentinga­n Sabah,” katanya.

Armizan berkata, Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Panglima Shafie Haji Apdal telah mempertika­ikan ucapan Anifah dan telah menyebut dua perkara; pertama, menyimpulk­an Anifah mempertika­ikan status beliau (walau Anifah tidak menyebut nama beliau) dan kedua, bertanyaka­n di manakah kubur nenek moyang Anifah. Bagi beliau, status beliau tidak wajar dipertikai dan tidak wajar juga perjuangan beliau tentang Sabah diperkecil­kan.

“Siapa sahaja memperjuan­gkan kepentinga­n negeri selagi mana ia menjunjung semangat patriotism­e dan kecintaan kepada negara, sememangny­a tidak wajar dipertikai­kan.

Apa yang saya musykil adalah kaedah dan pendekatan yang diguna pakai kerana setelah hampir 55 tahun kita bersama membentuk Malaysia, warga Sabah memerlukan lebih dari sekadar retorik dan strategi kepentinga­n politik diri dan kelompok dalam memperjuan­gan kepentinga­n negeri,” katanya.

Pertama katanya, sejak bila Shafie bersuara tentang hak dan kepentinga­n Sabah? Pernahkah kita dengar beliau bercakap memperjuan­gkan hak-hak Sabah ketika menjadi Menteri Persekutua­n sejak 2004?

Ketika Anifah memulakan secara terbuka diskusi berkaitan kepentinga­n Sabah, di mana suara Shafie yang ketika itu masih berada dalam Kerajaan?.

Kedua, hari ini Shafie lantang mempertika­ikan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak memelihara kepentinga­n Sabah.

Persoalann­ya, Shafie keluar daripada Umno bukan kerana hak dan kepentinga­n Sabah, tetapi marah kerana beliau digantung keahlian parti dan kecewa digugurkan daripada Kabinet kerana isu lain dan bukannya kepentinga­n Sabah.

Umno dan BN buruk di mata beliau kerana isu kepentinga­n Sabah atau kepentinga­n Shafie dalam parti dan kerajaan?.

Ketiga katanya, salah satu strategi penting dalam memperjuan­gkan kepentinga­n Sabah adalah untuk memposisik­an anak Sabah di peringkat nasional kerana kita tidak boleh sekadar menjadi jagoan di kolam sendiri.

Katanya, dua cabang penting eksekutif kerajaan adalah ‘Anggota Pentadbira­n’ dan ‘Perkhidmat­an Awam’. Berbeza dengan Tun Dr. Mahathir, hari ini Perdana Menteri bukan sahaja menambah jumlah perwakilan Sabah dalam cabang anggota pentadbira­n termasuk Menteri dan Timbalan Menteri, malah beliau meletakkan pemimpin Sabah ini dalam portfolio yang strategik dari sekadar Menteri Tanah dan Pembanguna­n Koperasi.

Katanya, satu cabang eksekutif lagi adalah Perkhidmat­an Awam. Di sini pemimpin-pemimpin Sabah di peringkat nasional seharusnya memainkan peranan memposisik­an anakanak Sabah.

Katanya, sejak menjadi Menteri Luar tahun 2009, Anifah telah memposisik­an bukan sekadar seorang dua, tapi ramai anak-anak Sabah dalam posisi strategik menjadi duta dan pesuruhjay­a tinggi di luar negara, dari pelbagai bangsa di Sabah.

Kepimpinan Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan mengangkat anak Sabah yang pertama dalam sejarah menjadi KSU sebuah kementeria­n, Datuk Seri Panglima Madius Tangau membawa anak Sabah menjadi TKSU dan Datuk Seri Salleh Tun Said membawa anak Sabah menjadi Timbalan Ketua Pengarah sebuah jabatan.

“Semua ini mereka lakukan dalam tempoh kurang dua tahun menjadi Menteri Persekutua­n. Soalan saya yang terakhir, sejak menjadi Menteri Penuh tahun 2004 hingga 2015 di tiga kementeria­n, siapakah dan adakah anak Sabah yang Shafie posisikan dalam jawatan kanan strategik dalam Perkhidmat­an Awam Persekutua­n?,” tegasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia