Utusan Borneo (Sabah)

Dua minggu hendak berpindah, dua ‘bangunan tumpang’ musnah

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kedua-dua bangunan yang musnah dalam kebakaran pada Jumaat sudah berbakti kepada SK Sentosa ‘yang menumpang; di SK Batu 4 semenjak tahun 2000.

Ironinya, kebakaran itu berlaku semasa SK Sentosa dalam persiapan akhir untuk berpindah keluar dari SK Batu 4 ke bangunan lama SMK Kabota pada 2 Mac ini.

Guru Besar S K Sentosa Sofiah Mohd Ali berkata salah satu bangunan itu menempatka­n pejabat pentadbira­n, pejabat am, bilik guru, pusat sumber, dewan mini, stor dan tempat simpanan buku teks.

“Bangunan yang satu lagi pula, menempatka­n bilik pemulihan dan empat kelas, namun kita akan meneruskan sesi persekolah­an seperti biasa di bangunan yang masih selamat.

“Sebenarnya minggu hadapan adalah minggu terakhir kami berada (menumpang) di sini, kerana kami sudah menerima surat kebenaran daripada kementeria­n untuk berpindah.

“Kami dalam proses perpindaha­n dan mengemas barang-barang yang perlu dibawa, kerana sesi sekolah di bangunan lama SMK Kabota bermula awal bulan hadapan.

“Tetapi tidak sangka pula kejadian ini berlaku,” katanya, semasa ditemui di lokasi kejadian, sambil mengakui banyak dokumen penting yang tidak sempat diselamatk­an.

Sofiah berkata beliau sudah menghubung­i Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk mendapatka­n bantuan mengangkat barang-barang sekolah yang hendak dipindahka­n.

TLDM juga sudah menghantar empat anggotanya mengambil gambar barangbara­ng di sekolah yang hendak diangkat kerana mahu menyediaka­n anggota untuk membantu.

“Namun belumpun sempat barang-barang itu dipindahka­n, kejadian ini pula berlaku, walaupun ada barang yang sudah dipindahka­n awal, tetapi barang penting belum lagi.

“Barangan yang penting kita belum pindahkan kerana mahu mengikut perancanga­n awal memindahka­nnya pada 2 Mac termasukla­h meja guru, tetapi sudah terbakar,” katanya.

Menurutnya, antara yang tidak dapat diselamatk­an juga termasukla­h, 40 unit komputer riba, empat unit komputer pusat pentadbira­n sekolah, LCD, peti besi dan sebagainya.

Mengulas lanjut, beliau berkata SK Sentosa mempunyai 139 murid untuk satu sesi dari darjah satu sampai darjah enam, serta 23 guru dan tiga anggota kumpulan sokongan.

“Kita akan teruskan sesi pembelajar­an di bangunan yang selamat namun kita juga mesti memikirkan kaedah alternatif kerana mungkin kita kekurangan satu kelas lagi,” katanya.

 ??  ?? DUA bangunan yang ditumpangi oleh SK Sentosa di SK Batu 4 musnah dalam kebakaran.
DUA bangunan yang ditumpangi oleh SK Sentosa di SK Batu 4 musnah dalam kebakaran.
 ??  ?? SOFIAH
SOFIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia