Utusan Borneo (Sabah)

6,500 penduduk dapat manfaat

Projek bekalan air luar bandar Tamparuli-Ranau

-

TAMPARULI: Rancangan Pengubahsu­aian Projek Bekalan Air Desa untuk Kampung (Kg) KapaKampun­g Sinalapak dan sekitarnya akan beri manfaat kepada lebih dari 6,500 penduduk dari 20 kampung di mana bakal menikmati air terawat di dalam paip mereka.

Di bawah rancangan asal, hanya kira-kira 3,000 orang di 10 buah kampung di sepanjang Jalan Tamparuli-Ranau akan mendapat manfaat daripada projek itu dengan siling bajet yang diluluskan sekitar RM26.3 juta.

Sepuluh kampung berkenaan ialah Kg. Kapa, Puhus, Koporingan, Minangkob, Togop, Hamad, Tomis Baru, Sinalapak dan Kelawat.

Pengubahsu­aian yang dicadangka­n kepada pelan itu akan menambah RM16.6 juta lagi kepada kos asal tetapi ia juga akan menyaksika­n lebih banyak kampung memdapat manfaat termasuk Kg. Loputung, Ruhiang, Tiong-Tiong, Kitapol, Gayaratau, Bundu Tuhan Bambangan Baru, Parad dan Kg. Koliposuan di kawasan Parlimen Tuaran.

Mesyuarat yang dipengerus­ikan oleh Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau pada Selasa di sini, menetapkan penyerahan semula projek itu kepada Kementeria­n Luar Bandar dan Wilayah.

Mesyuarat itu yang diadakan di pejabat daerah di sini turut dihadiri jurutera air daerah, pihak berkepenti­ngan yang terdiri daripada pemimpin masyarakat tempatan dari kampung-kampung berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai serta Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Tamparuli Datuk Jahid Jahim dan Tangau sendiri diberi taklimat lengkap termasuk pelbagai pilihan oleh perunding projek.

Walaupun projek itu sudah diluluskan, kajian lanjut yang dilakukan oleh perunding menunjukka­n ada pilihan lain yang lebih berkesan daripada rancangan asal untuk membawa bekalan air dari Loji Rawatan Air Telibong.

Salah satu faktor yang menghalang ialah rupa bumi yang curam, di mana sekurang-kurangnya lapan booster pump perlu dibina di sepanjang laluan air utama untuk mengimbang­i tekanan air rendah.

Pelan baharui tu diserahkan semula kepada kerajaan mencadangk­an sebuah loji rawatan air yang akan dibina di kawasan tadahan berhampira­n atas bukit iaitu di Kg. Lobong-Lobong di mana air kemudian dapat disalurkan ke kampung-kampung berkaitan dengan cekap.

Sebenarnya, beberapa kampung lain di bahagian Kota Belud juga mendapat manfaat jika cadangan itu diluluskan.

Projek ini direka untuk menampung permintaan selama 30 tahun, yang dikira berada pada 4.1 juta liter setiap hari (MLD) pada 2047 berbanding 1,439 MLD pada tahun 2017.

Tangau berkata, semua pengerusi JKKK dan ketua kampung di kawasan berkenaan dipanggil untuk menghadiri taklimat itu untuk mewujudkan kesedaran di kalangan mereka tentang projek pembanguna­n terkini.

“Kami juga mahu mereka mencari rumah-rumah yang kini jauh dari air paip kerana pemasangan paip ke rumahrumah yang terletak jauh dari air akan dikenakan kos,” katanya.

Pada masa yang sama, Tangau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, penglibata­n para pemimpin kampung adalah penting untuk memastikan memaksimum­kan projek itu dan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat.

“Kami juga perlu memaklumka­n kepada rakyat tentang perubahan yang dicadangka­n kepada projek itu,” katanya.

Tangau berkata, projek itu penting untuk memastikan rakyat menikmati bekalan air bersih yang konsisten di rumah mereka.

“Ini sentiasa menjadi isu yang rapat dengan hati saya, kami telah membantu langkah-langkah jangka pendek. Sekarang, cadangan ini akan menjadi penyelesai­an menyeluruh ... saya gembira untuk rakyat,” katanya.

 ??  ?? TANGAU, Joniston dan Jahid bersama jurutera air daerah, perunding dan pemimpin masyarakat Tuaran dari kampung-kampung yang terlibat selepas mesyuarat dan taklimat di Tamparuli.
TANGAU, Joniston dan Jahid bersama jurutera air daerah, perunding dan pemimpin masyarakat Tuaran dari kampung-kampung yang terlibat selepas mesyuarat dan taklimat di Tamparuli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia