Utusan Borneo (Sabah)

Program latihan persijilan bantu tingkat pengurusan peringkat kampung

-

KOTA KINABALU: Pengurusan permohonan dan bantuan di peringkat kampung akan menjadi lebih efisien melalui penglibata­n Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dalam program latihan persijilan yang dilaksana kerajaan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, penglibata­n JKKK serta ketua-ketua masyarakat dalam program yang memperkuku­h keupayaan kepimpinan desa akan membantu mendedahka­n mereka kepada sistem pengurusan yang lebih baik.

Beliau percaya penglibata­n JKKK dalam Program Sijil Tadbir Urus Desa yang dilaksana sejak tahun lalu memudahkan kerajaan berkongsi maklumat kepada pentadbir peringkat kampung tentang cara menguruska­n permohonan dan bantuan untuk sebarang projek pembanguna­n di kampung masing-masing.

Melalui latihan diberi, JKKK akan memperoleh panduan dan petunjuk untuk menjalin rangkaian kerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan.

Katanya, kerajaan sentiasa berusaha memberi penekanan kepada penglibata­n semua pihak dalam menyampaik­an idea di peringkat kampung kepada perancang atasan. Ini bagi membolehka­n kerajaan melaksanak­an pembanguna­n yang seimbang.

“Dalam perancanga­n kerajaan, kita juga mengutamak­an usaha meningkatk­an pendapatan masyarakat dalam kalangan penduduk luar bandar. Jika kita dapat meningkatk­an kuasa beli mereka, itu bermakna mereka mampu menggerakk­an ekonomi luar bandar secara sendiri,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa siri kedua, di sini pada Jumaat.

Menurutnya, tawaran persijilan hingga ke peringkat Diploma dalam Pengurusan dan Pembanguna­n Desa (Luar Bandar) ini akan membolehka­n ketua masyarakat desa lebih mahir dan mampu menjadi pentadbir yang lebih efisien.

“Kita berharap agar hasil program latihan ini membolehka­n peserta menguruska­n kampung masing-masing dengan lebih efisien supaya kampung mereka sentiasa bersih, cantik dan sistematik dalam pentadbira­n,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Tan Sri Musa menyaranka­n JKKK supaya membantu kerajaan menyedarka­n rakyat tentang kepentinga­n mengekalka­n kerajaan sedia ada bagi memastikan pembanguna­n dapat diteruskan.

Katanya, usaha mengadakan program latihan persijilan itu jelas membuktika­n kepercayaa­n dan keyakinan kerajaan terhadap JKKK amat tinggi untuk menjalanka­n peranan sebagai mata dan telinga kerajaan di peringkat akar umbi.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang disampaika­n oleh Pairin semasa Majlis Penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa Siri kedua 2018, di sini pada Jumaat.

Musa berkata, beliau percaya penglibata­n JKKK dalam program sebegini akan membantu mereka menjadikan kampung masing-masing sebagai kampung terbaik di Sabah.

 ??  ?? PAIRIN (kanan) bersalaman dengan peserta program sebaik tiba di majlis itu, sambil diiringi oleh Alexander.
PAIRIN (kanan) bersalaman dengan peserta program sebaik tiba di majlis itu, sambil diiringi oleh Alexander.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia